Uncategorized

Rizqin Steamboat Dan Grill Jalan Kebun

Alhamdulillah ni kali kedua kami berbuka puasa di Rizqin Steamboat Dan Grill Jalan Kebun. Kali pertama pergi beramai ramai dengan kawan sekerja encik suami dan kali kedua hanya kami 4 beranak jer yang pergi.
Kedai ni nampak biasa aje.Tapi makanan yang di sediakan memang terbaik.Sebab tu la dalam bulan ni jer dah 2 kali kami repeat.Memang best sangat.Tak perlu nak ke steamboat mahal mahal kalau kita boleh dapat steamboat murahan yang setanding tempat mahal kan.
Banyak sangat yang di sediakan untuk steamboat dan grill..Ayam dan daging kambing perap memang terbaik sangat.Sedap Tak cukup sekali grill..Berkali kali repeat untuk grill.Memang tak mengecewakan.
Untuk steamboat pun terdapat banyak sangat bahan yang disediakan.Kita boleh memilih kuah sama ada nak sup atau tom yam.Pilihan kami harus la tomyam.Tomyam dia pun memang sedap.Ada pelbagai seafood yang disedikan.Udang dia besar besar.Puas la pencinta udang ni makan..
Selain dari tu terdapat juga nasi goreng , bihun goreng dan yang buatkan sya tak boleh lupa ialah ayam goreng dia.Sedap sampai teringat ingat bila dah balik rumah.Ais krim banyak pilihan .Sya suka sangat ais krim choki choki dia..Tak cukup la amek sebatang jer.Air pun ada banyak pilihan juga.
Banyak kan makanan yang di sediakan.Berbaloi sangat makan dengan harga yang di tawarkan.Nak tau bertapa murahnya steamboat ni.Tak percaya murah meh tengok harga dia pasti lepas ni semua nak pergi makan kat Rizqin Steamboat Dan Grill Jalan Kebun  ni  kan.
Harga yang di kenakan mengikut peringkat umur ye.Standard la tu kan mana mana pun mesti harga macam tu,Ok ni harga dia 
  • Dewasa – RM 18.50 / pax
  • Warga emas – RM 15.00 / pax
  • Kanak – kanak – Rm 9.00 / pax
  • Bawah 5 tahun boleh makan secara percuma
Kalau nak pergi lebih baik call dulu untuk elakkan dari kecewa sebab tempat tak ada.Penuh jer orang setiap hari.Boleh whatsapp jer kalau tak ada kredit.Hihihi.
Whatsaap jer no ni 018 – 978 6009
Alamat kalau tak tau nak cari waze jer No.6& 7 Gerai MBSA , Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam. In shaa Allah pasti tak akan sesat.
Ok ni jer review tak berbayar sya untuk korang semua cuba makan di Rizqin Steamboat Dan Grill ni.
Eh macam nak repeat lagi la sebelum balik kampung ni.Boleh ke idak wahai pencuri hati..

1 thought on “Rizqin Steamboat Dan Grill Jalan Kebun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge