Sakitnya Simpul Mengkarung

Uncategorized

Kekejangan kaki atau nama gelaran Simpul Biawak adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang.

Berikut ialah beberapa kemungkinan punca kekejangan kaki berlaku semasa hamil:

• Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
• Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
• Terlalu keletihan membawa perut yang semakin membesar.
Apakah cara untuk melegakan kesakitan ini?
• Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
• Urut otot yang kejang itu.
• Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Simpul Mengkarung , ibu hamil ,

Tips Mengelak Kekejangan Kaki Semasa Mengandung:

1. Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2-3L atau lebih)
2. Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur.
3. Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk lancarkan peredaran darah.
4. Pakai stokin sokongan, dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.
5. Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur.
6. Elakkan terlalu banyak berdiri.
7. Mandi dengan air suam sebelum tidur.
8. Ambil suplemen kalsium magnesium.

Pengambilan suplemen Ostematrix Shaklee dapat membantu mengatasi masalah simpul mengkarung ini.

Jom layan video dari Puan Ida Khairani yang pernah mengalami masalah semasa hamil.

                    .

Untuk ibu hamil yang ada masalah seperti Puan Ida boleh hubungi sya untuk mendapatkan supplement yang Puan Ida makan supaya dah tak rasa sakit lagi selepas itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge