Uncategorized

Senaman Yang Membantu Naikkan Bacaan HB Semasa Hamil

Ibu -ibu hamil jangan ingat senaman tak
penting semasa hamil yer.Bersenam semasa hamil ada manfaatnya juga ye.Antara
salah satunya membantu naikkan bacaan HB juga.Tapi bukan la sampai kena buat
senaman yang teruk teru pula yerk.
Antara kebaikan senaman semasa hamil ni
dapat membantu ibu ibu dari masalah :
  1. Pening kepala
  2. Keletihan dan sering tidak bermaya
  3. Stress dan kemurungan
  4. Sakit pinggang
  5. Sembelit
  6. Kesakitan di bahagian pelvic
  7. Kekejangan dan kaki bengkak
Jenis senaman yang di syorkan untuk ibu
hamil untuk menaikkan bacaan HB antaranya ialah :-
  1. Berjalan / Berjoging 
  2. Menari – Zumba @ Salsa
  3. Aerobic yang mudah & ringan
  4. Berbasikal 
  5. Berenang
Antara senaman yang paling mudah
dilakukan ialah dengan berjalan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tiada alasan untuk ibu katakan tidak punya
masa untuk melakukan senaman jalan kaki ya.

Berikut beberapa idea aktiviti berjalan kaki yang
ibu boleh lakukan setiap hari.
1. Parkir kereta di tempat yang jauh daripada pintu
masuk ke pejabat, pusat membeli belah dan sebagainya. Secara tidak langsung ia
membuatkan ibu perlu berjalan sekurang-kurangnya beberapa minit.
2. Jangan asyik membeli belah secara online sahaja
dengan alasan malas hendak berjalan kerana perut semakin besar. Sesekali keluar
membeli belah barangan bayi di pusat membeli belah. Secara tidak langsung anda
sudah melakukan aktiviti berjalan kaki.
3. Bawa anak bermain di taman. Jangan malas membawa
anak yang sedia ada untuk beriadah di taman. Selain menemani anak, anda juga
boleh beriadah sama dengan berjalan kaki.
4. Gunakan tangga berbanding lif. Ia kedengaran
zalim tetapi ketahuilah manfaatnya kepada ibu hamil. Tetapi ia sesuai untuk
naik ke satu atau dua tingkat berbeza sahaja! Ini kerana naik turun tangga juga
sama kesannya dengan berjalan kaki.

5. Jangan malas bergerak. Sekiranya ada urusan di
pejabat yang ingin disampaikan kepada rakan di jabatan lain, anda boleh
berjalan ke arah mereka berbanding menggunakan teknologi e-mel atau Whastapp.
Walaupun jaraknya dekat tetapi jika kerap dilakukan sehari sekurang-kurangnya
anda telah melakukan senaman berjalan kaki pada hari itu.
Apapun berbincanglah dengan doktor masing-masing
sekiranya ibu-ibu memilih untuk melakukan mana-mana aktiviti senaman ibu hamil
yang di senaraikan tadi 😃😃

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge