SET BULAN PUASA SHAKLEE

Set Berpuasa Shaklee

Energizing Soy Protein (ESP) Mealshake Performance Drink Set Bulan Puasa Vitamin Untuk Berpuasa

Anda sedang mencari set berpuasa yang dapat membantu anda agar kekal cergas berpuasa ? Nak cuba Set Berpuasa Shaklee ?

Alhamdulillah hari ni 17 Mei 2018 Masihi bersamaan 1 Ramadan 1439 Hijrah..Semoga ramadhan kali ini membawa 1001 kebaikan buat kita semua.Semoga beroleh keberkatan dariNya.

Oke semperna bulan puasa ni Fisya nak sharing sikit bagaimana nak menjadikkan anda bertenaga dan cergas sepanjang berpuasa dengan pengambilan Set Berpuasa Shaklee ataupun lebih di kenali dengan nama Set Mighty 3 gem.

Yang ada anak kecik nak start berpuasa tu mesti ada macam-macam cerita drama berlaku. Yang tak terbangun sahur la, anak mengamuk nak berbuka la, Susah nak kejutkan bangun sahur la. Nak bersahur tapi tak lalu dan tak tahu nak makan apa..Pas selesai sahur masuk tengahari rasa lapar macam nak mati, yang dahaga macam nak mati.

Macam-macam cerita kan. Semoga ibadah puasa kita meningkatkan darjat kita disisi Allah, bukan hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja.

Time puasa ni la, hidup lebih produktif kan. Seboleh-bolehnya kta nak sentiasa cergas dan sihat dan bertenaga walaupun  perut sedang kosong dan tekak dahaga.

Biasanya semasa puasa kita akan rasa

  • Tak bertenaga
  • Selalu mengantuk dan rasa nak tidur sepanjang hari
  • Tak de mood nak buat apa-apa
  • Tak larat nak kerja
  • Rasa tak larat dan terlalu dahaga
  • Stok susu untuk baby xde
  • Gastrik

Akibatnya;

  • Prestasi kerja jatuh, tak perform
  • Jadi fitnah orang Islam (sebab asyik tidur dan kerja tak perform)
  • Tak dapat fokus banyakkan ibadah bulan Ramadhan, puasa, solat, baca Alquran
  • Ponteng puasa > kena ganti puasa, lagi susah
  • Baby kelaparan, takkan nak bagi formula. Atau takkan tak puasa langsung

Set Puasa Shaklee bertujuan untuk bantu selesaikan masalah anda supaya dapat fokus ibadah puasa sebaiknya. Puasa sebulan Ramadhan, tahun depan belum tentu bertemu lagi. Puasa dengan cergas bertenaga, dan masih boleh buat kerja macam biasa.

Kalau ibu menyusu, in sya Allah susu maintain cukup untuk baby walaupun ibu puasa. Badan pun sihat dan cergas walaupun baby menyusu dengan kerap.

Set Berpuasa Shaklee ni amat sesuai untuk:-

  • Ibu-ibu hamil yang rasa tak bertenaga sepanjang berpuasa
  • Ibu-ibu menyusu yang risaukan susu kering ketika berpuasa
  • Individu yang menghidap gastrik
  • Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.
  • Individu yang melakukan kerja berat
  • Warga Emas
  • Individu yang sangat aktif
  • Individu yang ingin memelihara tahap kesihatan sepanjang Bulan puasa

Set Berpuasa Shaklee ini mengandungi Energizing Soy Protein (ESP), Meal Shakes dan Performance Drink, mari saya huraikan kepentingan ketiga-tiga supplement ini buat individu yang sesuai untuk mengambil Set Berpuasa Shaklee ini.

Energizing Soy Protein ESP

Energizing Soy Protein ESP di hasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Ia menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia. Kesan POSITIF yang dapat di rasai kesan dari pengambilan minuman ini ialah:-

  • Membantu mengekalkan tenaga yang berpanjangan.
  • Ia juga membantu kita melapik perut dan menahan rasa lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu ia sangat-sangat membantu mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati.
  • Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu dan ini memastikan pengeluaran susu ibu anda tidak akan terjejas sepanjang berpuasa.

Meal Shakes

Meal Shakes adalah salah satu supplement yang terdapat dalam gabungan Set Berpuasa Shaklee. Apa pula keistimewaan Meal Shakes ni.???.ok jom kita semak:-

  • Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah di serap untuk kegunaan harian.
  • Ia di perbuat daripada bahan semulajadi- buah-buahan dan sayur-sayuran, kacang soya,lactalbumin (sejenis susu).
  • Menyediakan 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu.
  • Sumber yang sangat kaya dengan kalsium dan fiber membantu anda mengatasi masalah sembelit sepanjang bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatann melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang di perlukan badan setiap hari yang selalunya sukar di penuhi ketika bersahur dan berbuka.

Performance Drink

Performance Drink mempunyai rasa oren yang menyegarkan! Mengapa ia penting untuk kita sepanjang menjalani ibadah puasa ini??? Ia juga menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang memilih gaya hidup aktif supaya terus kekal bertenaga dan mengurangkan haus melalui:-

  • Rumusan Ekslusif OptiCarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan kadar segera.
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

Harga Set Puasa Shaklee / Set Mighty 3 Gems

Set Puasa Shaklee boleh dibeli secara berasingan atau satu set iaitu 3 produk. Harga bagi satu unit adalah seperti berikut;

  • Harga ESP Shaklee 2018 = RM 170.93
  • Performance Drink = RM 91.43
  • Meal Shake = RM 127.20

 

Cara Beli Set Puasa Shaklee Online dan Di Branch Shaklee

Untuk dapatkan produk Shaklee, ada beberapa cara untuk beli, antara secara online melalui laman web Shaklee dengan hanya klik button beli sekarang di bawah ni.

 

ATAU

Anda boleh terus ke branch Shaklee yang berhampiran

  1. Shaklee HQ di Sunway
  2. Shaklee Branch Kuala Lumpur Sri Rampai
  3. Shaklee Branch Penang
  4. Shaklee Branch Johor Bahru
  5. Shaklee Branch Kota Bharu, Kelantan
  6. Shaklee Branch Ipoh, Perak
  7. Shaklee Branch Kota Kinabalu, Sabah

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan supplement Shaklee daripada Fisya dengan klik button whatsapp di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge