Tidak Selesa Pada Akhir Kehamilan

Vitamin Untuk Ibu Hamil Vitamin Untuk Ibu Mengandung
Memasuki minggu ke-28 kehamilan,bermakna kita dah masuk fasa trimester ketiga. Fasa menunggu hari dan seterusnya bersedia untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga. Pada trimester ketiga ni, dengan keadaan perut yang memboyot, kita mulalah rasa sangat letih dan tak larat nak bergerak banyak dan rasa tidak selesa.
Pada waktu ni pertumbuhan baby berlaku dengan pantas sekali. Perubahan ini membantu kita untuk membuat persiapan apa yang bakal dijangkakan. Pada saat ini, kita juga akan dapat merasakan beberapa contraction palsu yang tidak sekata yang berlainan dengan contraction sebenar. Sekiranya
anda hendak pastikan bahawa contraction itu adalah yang sebenar dan bukannya Braxton Hicks, Walaupun contraction tersebut tak berapa sakit, tapi ia tetap mengganggu dan boleh menyebabkan kita menghentikan seketika aktiviti yang sedang dilakukan.

 

Tidak Selesa Pada Akhir Kehamilan:

1.   Keletihan otot perut dan kegatalan kulit pada bahagian perut
·   Kegatalan di bahagian perut berlarutan hingga tiga bulan terakhir. Ini berlaku akibat daripada pengembangan perut dan ligamen di bahagian tersebut. Pembesaran rahim dan baby juga menyebabkan tekanan pada bahagian abdomen dan kegatalan berlaku disebabkan pengembangan kulit.
2.   Sakit kepala dan sakit belakang
·   Sakit kepala sering berlaku akibat dari kurangnya berehat. Dapatkan rehat yang secukupnya terutamanya jika berasa tertekan dan emosional.
·   Sakit belakang pula berlaku akibat perut yang semakin membesar dan merubah postur badan kita. Pakailah kasut yang selesa serta jangan duduk atau berdiri terlalu lama.
3.   Badan terasa panas dan tidak selesa
·   Ia adalah tindakbalas normal metabolik yang berlaku kepada ibu hamil. Badan akan bekerja keras untuk menyokong baby. Anda mungkin berpeluh walaupun orang sekitar sedang menggigil kesejukan
4.   Lelehan susu pada payudara
·   Kolostrum mungkin sudah mula keluar dari payudara pada akhir kehamilan. Kolostrum adalah cecair kuning yang kaya dengan nutrien dan akan diminum oleh baby anda beberapa hari selepas kelahirannya sebelum susu sebenar keluar pada hari kedua atau ketiga selepas lahir.
5.   Susah hendak tidur lena
·   Dah menjadi kelaziman ibu hamil, bila dah masuk trimester ketiga ni, tak boleh nak tidur nyenyak.
·   Kekerapan nak buang air kecil serta keadaan perut yang semakin membesar menyebabkan si ibu kurang selesa hendak tidur.
·    Untuk pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya, tidurlah pada bila-bila masa yang anda selesa.
6.   Hidung tersumbat dan berdarah
·    Perubahan hormon menyebabkan membran mukus menggelembung, hidung kita tersumbat atau hidung berdarah.
7.   Sesak nafas
·   Ia disebabkan oleh perubahan hormon yang memberi kesan kepada pengaliran darah dalam peparu.
·    Pada trimester ketiga ni, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh pembesaran rahim yang menekan diafragma, menjadikan pernafasan semakin sukar.
·    Sesetengah ibu hamil yang tiada sejarah asma, mendapat simptom asma pada akhir kehamilan
8.   Bengkak pada bahagian kaki
·   Kaki bengkak semasa kita hamil adalah disebabkan oleh kandungan air yang banyak. Masalah ini berpunca daripada jumlah cecair (air, darah, air ketuban) yang ada dalam badan.
·    Luruskan kaki seboleh yang mungkin dan jangan duduk bersilang. Kadang-kadang bengkak kaki juga adalah tanda-tanda tekanan darah tinggi atau pre-eklampsia.
9.   Buasir
·    Secara teknikalnya, buasir adalah bengkak urat dalam kawasan rektum. Hormon dan tekanan pada usus, termasuk ketegangan ketika perubahan usus boleh menyebabkan keadaan yang sedia ada.
10.  Bengkak gusi
·    Perubahan hormon juga boleh menyebabkan gusi bengkak. Anda juga mungkin mengalami gusi berdarah apabila menggosok gigi.
·    Gunakanlah berus gigi yang lembut, dan teruskan menggosok gigi dan flos gigi seperti biasa.
11.  Lelehan air kencing
·    Dengan keadaan rahim yang menekan ke bawah pundi kencing, titisan air kencing mungkin keluar ketika anda batuk, bersin atau ketawa.
·    Lelehan urin ini adalah sebagai petanda yang anda perlu mula melakukan senaman lantai pelvik dan berlatih kontraksi otot di bahagian vagina dan anus.
Kalau anda tidak selesa dan tidak larat sepanjang kehamilan, boleh cuba dapatkan Set Kehamilan Shaklee yang telah membantu ibu-ibu untuk kekal bertenaga sepanjang kehamilan. Bacaan HB ok, tidak kejang kaki, tiada sembelit, itu semua adalah bonus bagi kita yang hamil.
Hubungi saya untuk dapatkannya sekarang dan dapatkan cara makan yang betul agar sentiasa cergas bertenaga sepanjang kehamilan.

Nak beli sendiri? Boleh juga. Klik je link bawah ni:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge