Tingkatkan Masalah Kesuburan LeLaki dengan Vitamin E dan Zink

Vitamin E Vitamin Untuk Kesuburan Vitamin Untuk Lelaki Zinc Plus

Selalunya masalah kesuburan dikaitkan dengan golongan wanita tanpa kita sedari golongan lelaki pun boleh ada masalah kesuburan.

Tahap kesuburan lelaki dinilai mengikut kriteria berikut:-

  • Mempunyai anggota reproduksi yang sempurna dan berfungsi sepenuhnya.
  • Mempunyai zakar yang normal dan dapat menyalurkan sperma (air mani ke dalam faraj)
  • Mempunyai buah zakar yang bersaiz normal dan dapat menghasilkam sperma yang berkualiti. (bilangan yang cukup aktif). Mempunyai saluran sperma yang baik untuk salurkan sperma dari buah zakar ke salur uretra (salur di dalam zakar).
  • Mempunyai anggota reproduksi aksesori seperti kelanjar prostat, kalenjar seminal, cowper yang berfungsi menghasilkan cecair menampung sperma ke dalam faraj wanita sewaktu ejakulasi.
  • Tenaga batin dan nafsu seks yang normal.

CIRI – CIRI KESUBURAN LELAKI:-

  • Buah zakar mampu mengeluarkan jutaan sperma (150-250 juta sehari)
  • Kalenjar prostat, kalenjer seminal dan kalenjar cowper dapat berfungsi mengeluarkan cecair untuk menampung sel sperma.
  • Salur sperma berfungsi menyalurkan sperma untuk dipancutkan keluar dari zakar.
  • Zakar harus tegang supaya dapat memancutkan air mani dalam faraj perempuan.
  • Mempunyai kekuatan tenaga batin atau nafsu seks.

FAKTOR – FAKTOR YANG BOLEH MENURUNKAN TAHAP KESUBURAN LELAKI.

  • Sentiasa terdedah kepada persekitaraan yang panas seperti kerja di kilang, meletak komputer riba di atas riba, dan pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat. Pemakaian seluar yang terlalu ketat boleh menyebabkan suhu optima untuk buah zakar ialah 2 darjah Celcius lebih rendah suhu badan).
  • Kedua – dua atau salah satu buah zakar mengalami kecederaan atau bengkak akibat dipukul atau jatuh. Jangkita virus beguk(mump) boleh melibatkan buah zakar.
  • Sentiasa terdedah kepada bahan toksik seperti nikotin (daripada asap rokok), alkohol (dalam minuman keras) dan ubat – ubatan tertentu seperti ubat propranolol (digunakan untuk darah tinggi), cimetidine (ubat gastrik) dan maxolon.
  • Masalah ketegangan zakar atau mati pucuk
  • Mempunyai masalah pancutan air mani yang tidak sempurna. Dimana pancutan air mani terjadi lewat atau gagal dan ejakulasi songsang ke dalam pundi kencing.

Bukan semua  masalah kesuburan dapat dirawat ada beberapa masalah kesuburan lelaki yang dapat dirawat diantaranya ialah:-

  1. Masalah penghasilan dan fungsi sperma
  2. Kekurangan hormon kesuburan lelaki ‘andropos’
  3. Pembentukan antibodi kepada sperma.
  4. Salur sperma tersekat

Jika anda mempunyai masalah tahap kesuburan yang rendah, anda hendaklah dengan segera membuat pemeriksaan kesuburan di hospital – hospital yang berdekatan.

 

PEMERIKSAAN DAN SARINGAN UNTUK KENAL PASTI MASALAH KESUBURAN 

Kebiasaanya pemeriksaan status kesihatan dan fungsi seksual ini akan dibuat oleh doktor. Beberapa ujian akan dijalankan adalah seperti:-

  • Ujian darah untuk gula dan kolestrol
  • Ujian paras hormon testosteron
  • Ujian air mani – untuk menetukan jumlah sperma dalam satu ejakulasi. Disamping itu doktor boleh mengenalpasti pergerakan dan jumlah kuantiti sperma yang normal.

 

APAKAH PRODUK YANG BERSESUAIAN UNTUK MENGATASI MASALAH INI?

Set kesuburan Lelaki adalah gabungan Vitamin E dan Zinc Complex Shaklee yang membantu meningkatkan tenaga dan kesuburan lelaki.

Vitamin Kesuburan:

♥ Vitamin E & Selenium

Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Lagi Kebaikan Vitamin E

  • Antipenuaan
  • Memperbaiki parut
  • Melindungi jantung
  • Memperbaiki arthritis
  • Antioksidan yang kuat
  • Menghalang keguguran
  • Kelestarian seksual dan tenaga
  • Meningkatkan reproduktif dan kesuburan

♥ Zinc Complex 

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga
untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Berminat dengan pengambilan SET KESUBURAN dan peluang untuk mendapatkan zuriat? Hubungi Fisya, untuk sebarang order dan konsultasi. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari Fisya 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge