Tips Atasi Kulit Kering Sampai Bersisik

Tips

 

 

Kulit bersisik adalah gejala umum dari kulit kering dan dapat terjadi di mana saja pada tubuh, meskipun tempat yang paling umum seperti pada kaki bagian bawah, lengan dan paha. Pada kondisi kulit yang bersisik ini, kulit nampak kasar dan retak-retak. Hal ini tentu saja sangat mengganggu penampilan kulit kita.

 

Ada orang yang kulitnya terlebih berminyak dan ada juga yang mempunyai kulit kering hingga menyebabkan kulit kelihatan kusam dan menggelupas. Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan kita berasa risau dan ia juga menunjukkan yang kulit kita tidak sihat.

 

Sebenarnya kulit yang sihat bergantung pada kadar air yang terdapat pada kulit kerana kelembapan pada kulit dapat membantu lapisan epidermis melindungi kulit daripada persekitaran luar termasuklah cahaya matahari. Tanpa kelembapan, kulit mudah kering, bersisik dan menggelupas.

 

Masalah kulit kering ini juga boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah disebabkan oleh perubahan cuaca, pemilihan alat solek yang tidak tepat, sinaran matahari dan penuaan.

 

Terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Diantaranya adalah:-

 

Kerap minum air, sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Tapi kalau cuaca betul-betul panas, perlulah minum air lebih banyak kerana kita cepat hilang air kerana berpeluh.

 

Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Contohnya Tomato, kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

 

Elakkan daripada pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

 

Elakkan daripada berada didalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.

 

Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

 

Kenal pasti jenis masalah kulit muka sama ada berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

 

Tidur mencukupi dengan mendapatkan sekrang-kurangnya 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan juga bilik tidur mempunyai pengudaraan yang bersih.

 

Biasanya bila sya mengalami masalah kulit yang kering, sya akan menggunakan pelembap kulit untuk membantu kekalkan kelembapan kulit. Tapi sekarang sya lebih suka mengamalkan suplemen. Antara suplemen yang sya amalkan adalah ESP , Vita – C ..Alhamdulillah kulit sya tidak lagi kering.

 

Buat mereka yang mempunyai budget yang besar, boleh mengambil Shaklee Collagen Powder..memang suplemen terbaik untuk kulit kering, berjeragat dan kulit kusam.

 

Nak cuba mana-mana suplemen atau nak tahu supplement mana yang sesuai untuk kulit anda, feel free to contact me,

 

1 thought on “Tips Atasi Kulit Kering Sampai Bersisik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge