Tips Bijak Berbelanja Untuk Elakkan Pembaziran

Uncategorized

Macam mana persiapan raya uolss semua??Mesti dah ramai yang mula buat persiapan terutamanya yang dah berkeluarga dan beranak kecil kan.Biasa kalau ada anak kecil memag patut buat persiapan di awal waktu untuk elak bersesak dengan orang ramai di saat akhir nanti kan.

Yang berkeluarga juga perlu kan buat perancangan kewangan yang betul untuk elak kan dari terpaksa ikat perut selepas raya nanti.Jangan sebelum raya sakan berbelanja sampai lupa diri yang kita masih perlukan duit sementara nak tunggu gaji seterusnya kan.Kot nanto dah terpaksa berhutang atau ambil advanced dari company pula.

Sekarang ni kita di era serba mahal kan.Semua benda mesti melibatkan duit.Nak masuk toilet tengok cermin jer pun duit.Memang selalu sangat kita dengar orang ramai mengadu harga barang semakin mahal di tambah dengan GST lagi memang makin berganda pula jadi mahal nya yer dak.Namun apa pun peningkatan kos hidup kita tetap perlu membeli barang keperluan harian.Yang ada anak kecil mesti nak kena beli susu , pampers dan barang keperluan lain lagi kan.

Jadi bagaimana untuk menjimatkan wang ketika membeli belah untuk mengelakkan dari membazir membeli sesuatu yang bukan keperluan harian kita tapi merupakan kehendak??Kita perlula utamankan keperluan dari kehendak kan.Jangan kita tengok orang lain beli gelang emas baru kita pun nak beli juga tapi kita tahu kewangan kita macam mana kan.Jadi jangan terlalu mengikut kehendak hati sebab kalau ikut kehendak hati pasti semua kita nak beli.

Sebenarnya ada beberapa tips mudah yang boleh dipraktikkan ketika keluar membeli belah. Biarpun mungki ia nampak seperti remeh, namun percayalah jika kita ikut langkah-langkah membeli secara bijak yang dikongsikan di bawah ini, kita pasti akan dapat berjimat.

Tips Bijak Berbelanja

Tips Bijak Berbelanja : –

1. Senaraikan barangan kepeluan 

Membeli ikut senarai barangan keperluan yang telah kita tuliskan terlebih dahulu.

 

2. Bandingkan harga barangan

Pilih dan beli barang berdasarkan kualiti dan harga bukan berdasarkan jenama. Pembeli yang bijak akan membeli barang yang berkualiti. Barangan yang ada jenama belum tentu berkualiti namun kebiasaannya barangan berjenama lebih mahal harganya.

 

3. Mendaftar kad keahlian

Setiap kali membeli-belah pasti ada mata ganjaran yang dikumpul. Mata ganjaran ini akan ditukarkan kepada voucher tunai atau diskaun terhadap beberapa jenis barangan. Pastikan kita menggunakan kad keahlian setiap kali kita membuat pembayaran untuk mengumpul mata ganjaran.

4. Menyemak senarai harga barangan di resit

Ada masanya pasaraya akan mengadakan promosi terhadap beberapa barangan terpilih. Ketika membayar pastikan harga senarai barangan itu betul seperti harga promosi. Jika tidak, sebagai pembeli kita berhak menyuarakan.Kadang kala kemungkinan juruwang terlepas pandang.

5. Kurangkan penggunaan kad kredit

Penggunaan kad kredit akan menyebabkan kita berbelanja lebih dari apa yang sepatutnya. Seeloknya bayarlah menggunakan wang tunai. Dengan cara ini kita tidak akan berbelanja melebi dari apa yang sepatutmya.

6. Membeli ketika sale

Kita boleh berjimat banyak sangat kalau buat pembelian ketika sale.Jadi ketika sale beli la barang keperluan lebih dari sebelumnya.Jadi kita boleh berjimat untuk bulan depannya.Macam wanita kalau suka alatan make -up boleh selalu tengok web online yang memang selalu ada sale.Jadi boleh beli dengan harga yang sangat murah.

7. Elakkan makan di restoran / kedai

Biasanya kita kalau berkerja balik penat memang tak larat dah nak masak kan.??Biasa kita akan buat pilihan untuk makan di kedai / restoran.Tapi tahu kan bila makan di luar lagi banyak duit yang kita terpaksa laburkan.Cuba kalau kita beli bahan basah seminggu sekali pasti kita akan dapat berjimat.Ibu-ibu yang  berkerja boleh baca entry sya sebelum ni mengenai tips mudah masak untuk ibu berkerja.

8. Rekod perbelanjaan

Dengan merekod semua perbelanjaan kita akan lebih tahu kebih tepat di mana duit kita dihabiskan.Simpan semua jenis resit di dalam satu fail.Buat satu fail khas berkaitan perbelanjaan bulanan kita.Dengan cara ini juga kita akan lebih berhati-hati untuk berbelanja.

Sebenarnya tidak sukar untuk kita menjadi pembeli yang bijak. Apa yang penting adalah kita berbelanja mengikut kadar bajet yang telah kita tetapkan.Bukan membeli mengikut kehendak hati.

Semoga tips dari sya ni bermanfaat untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge