Tips Elakkan Peranakan Jatuh Selepas Bersalin

Kita sebagai wanita pasti akan berasa takut kan kalau dengan orang bercerita tentang Peranakan Jatuh terutama selepas bersalin.Ada juga yang kenali peranakan jatuh ni sebagai tombong.Kalau kita google gambar Peranakan Jatuh pun kita akan berasa ngeri patah lagi kalau kita sendiri yang mengalaminya.Namun ini lah realiti yang kita sebagai wanita kena hadapi.

Allah jadikan kita wanita untuk dengan adanya rahim untuk memegang bayi di dalam kandungan selama  9 bulan.Jadi bayangkan lah apa yang terjadi kalau rahim yang kecil menampung berat bayi dalam kandungan hampir 3kg , malah ada yang berat lagi.Bila bayi dah keluar  rahim yang menjadi mengecut secara sendiri ke??Mestilah jawapannya tak kan..Ianya mengambil masa yang agak lama untuk kembali ke bentuk asal.

Peranakan Jatuh
 
 

Sebab itu wanita selepas bersalin memerlukan penjagaan yang sangat rapi.Kalau tak susah di kemudian hari.Mari sama-sama kita kenalipasti adakah kita salah seorang yang mengalami masalah Peranakan Jatuh ini.Sila dapatkan nasihat dan rawatan pakar kalau kita tergolong dalam masalah ini.Ini bukan sahaja berkaitan dengan masalah kesihatan kita malahan hubungan kita  dengn passangan juga mungkin akan terjejas.

Peringkat peranakan jatuh

1. Peringkat pertama

  • Peranakan jatuh sedikit sahaja dari kedudukan normal,tetapi masih dalam vagina/faraj.Pada peringkat ini  kebanyakannya tidak mengalami apa-apa simptom.
2. Peringkat kedua
  • Sebahagian dari rahim telah terkelur dari vagina.Pada peringkat ini wanita mungkin akan berasa sakit belakang,akan berasa berat pada bahagian pinggan ke bawah dan pastinya terdapat benjolan pada bahagian serviks terkeluat melalui bukaan wanita terutamanya ketika dalam keadaan berdiri
3. Peringkat ketiga
  • Keseluruhan rahim telah berada di luar kawasan vagina.Biasanya keadaan ini akan bersama terjatuhnya pundi kencing pada bahagian hadapan dan kejatuhan usus besar pada bahagian belakang.Pada peringat ini rahim masih boleh ditolak masuk kedalam vagina apabila pesakit baring di atas katil.
Siapa yang berisiko mengalami peranakan jatuh ini?
  1. Ibu yang pernah hamil dan bersalin
  2. Mereka yang telah putus haid dan telah menopaus
  3. Mereka yang menghidap baruk kronik.
Apakah punca terjadinya peranakan jatuh ini?
  1. Peranakan jatuh apabila lantai pelvis dan ligamen sekitarnya menjadi lemah lantas tidak mampu memberikan sokongan secukupnya kepada rahim.Oleh sebab iti rahim akan meentor jatuh dan tersembul keluar dari bukaan faraj.
  2. Kerosakan pada lantai pelvis dan ligamen semasa kehamilan dan proses bersalin
  3. Kesan graviti
  4. Ketiadaan hormon estrogen
  5. Akibat suka meneran berulang kali  selama bertahun-tahun.
Langkah pencegahan untuk mengelakkan peranakan jatuh
 
1. Semasa hamil.
  • Lakukan senaman lantai pelvis
  • Lakukan kemutan pada otot-otot lantai pelvis(kemutan otot untuk berhentikan air kencing)
  • Kekalkan kemutan tersebut sehingga 5 saat dan rehat selama 5 saat
  • Ulang balik kemutan dantambahan ke 10 saat kalau boleh
  • Lakukan sebanyak 3 kali sehari dan 10 kali kemutan pada setiap sesi.
  • Boleh juga lakukan kegel excersice ini pada bila-bila masa
 
Senaman Kagel
 
2. Semasa Bersalin
  • Elakkan meneran terlalu awal sebelum pintu rahim terbuka sepenuhnya
3. Selepas bersalin
  • Elakkan dari menhadapi sembelit ( Boleh baca di sini di mana sya pernah kuoaskan mengenai isu cara mengatasi sembelit ketika berpantang)
  • Lakukan senaman lantai pelvis secara berterusan.
  • Elakkan menggangkat barang yang berat termasuk anak kecik selain bayi newborn
4. Selepas menopous
  • Hormon terapi gantian (HTR) mungkin membantu mengurangkan risiko rahim jatuh 
  • Elakkan berdiri terlalu lama , mengangkat barangan berat 
Amalan sihat semasa dalam pantang yang perlu kita ikuti.
  1. Cara erpantang yang betul boleh mengelakkan dari risiko terjadinya peranakan jatuh.
  2. Pemakanan yang berkhasiat juga membantu dalam proses penyembuhan ibu berjalan lancar dan ini akan membantu otot dan ligamen pada lantai pelvis.
  3. Memilih set berpantang yang terbaik juga dapat membantu kita keka sihat dan bertenaga dalam tempoh berpantang.(klik di sini jika ingin tengok set berpantang terbaik)
  4. Pastikan mendapat fiber ang mencukupi dan air yang banyak untuk membantu masaah pencernaan dan membantu mengelakkan terjadinya sembelit.
  5. Lakukan senaman pelvis sekurangnya 3 kali seminggi selepas besalin.
  6. Amalkan bertungku dan berbenkung dengan cara yang betuk.Dengan bertungku ini dapat membantu pengecutan rahim, pengempisan perut dan meletakkan rahim pada kedudukan yang betul.
Rahim adalah aset wanita yang sangat penting dan di jaga untuk suami kita.Jadi kita kenalah jaga demi untuk kebahagiaan kita untuk masa sekarag dan akan datang.
 
Semoga perkongsian saya ni bermanfaat untuk semua terutamanya wanita yang sudah berkahwin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge