Tips Hilangkan Badan Bau Tengik Supaya Lebih Selesa Di Samping Rakan-Rakan

Vitamin Untuk Detox Vitamin Untuk Kecantikan Vitamin Untuk Lelaki Vitamin Untuk Wanita

Anda ada masalah badan bau tengik ? Mencari penyelesaian atau tips hilangkan bau badan tengik supaya lebih selesa di samping rakan rakan ? 

Badan bau tengik  sangatlah tidak selesa dan kurang menyenangkan.Malu kan kalau lalu sebelah orang tetiba orang jeling-jeling sambil tutup hidung.Mesti membuatkan kita tak selesa dengan diri kita.Pemakaian baju cantik bergaya tapi badan bau tengik.

Badan bau tengik memang membuatkan kita kurang selesa dengan penampilan sendiri. Nanti mesti apa yang kita buat jadi serba tak kena. Semuanya disebabkan oleh badan bau tengik  yang tidak menyenangkan. Tapi, kadang-kadang kita tak perasan pun yang badan bau tengik. Kawan-kawan atau orang sekeliling kita mesti tak akan bagi tahu kita mengenai diri kita kan demi nak jaga hati kita.Kalau ada yang bagi tau pun nanti kot yang empunya diri tak boleh terima mau 40 hari tak bercakap kan.. So,camne?

 

Apa punca badan bau tengik?

Punca badan bau tengik  nie ada banyak. Sama ada kita sedar atau pun tak je. Antara puncanya ialah:

1. Peluh

badan bau tengik

Peluh kita sebenarnya tak berbau. Berpeluh tu tandanya kita nie sihat. Tapi, bila peluh kita nie bercampur dengan bakteria, tu yang jadi bau tengik tu.

Peluh berbau terjadi apabila kelenjar peluh luar (eccrine) dan kelenjar peluh dalam (apocrine) bertindak balas dengan bakteria kat celah-celah dan lipatan, seperti ketiak. Sebab tu la kita kena pastikan yang bahagian lipatan dan celahan tu semua sentiasa bersih dan kering supaya tiada kuman dan bakteria.

2. Diet

Orang yang selalu badan bau tengik dan tak best nie biasanya mesti suka makan makanan seperti bawang putih, dan makanan berempah seperti kari. Selain dari itu, orang yang macam nie mesti suka makan pedas.

Bila  makan makanan yang macam nie, bau-bau busuk tu akan keluar melalui liang-liang roma terutama sekali di bahagian ketiak dan belakang badan.

3.  Cara penjagaan diri

Orang yang aktif dan lasak nie salah satu sebab mengapa badan mereka berbau. Bila buat aktiviti-aktiviti lasak nie memang cepat la berpeluhnya. Sebab tu la badan bau tengik dan kurang menyenangkan.

4. Masalah kesihatan

Sesetengah orang yang sakit pun biasa terjadi  badan bau tengik nie. Contohnya, orang yang menghidap diabetes dan juga orang yang mengambil ubat perangsang hormon.

5. Pakaian

Pakaian kita kena cuci bersih-bersih sampai bau badan kita hilang. Kalau tak, bau yang ada kat baju tu akan melekat kat badan kita. So, kalau kita nie jenis yang kuat berpeluh, rajin-rajin la tukar baju ataupun pakai la baju yang menyerap peluh untuk mengurangkan bau badan nie.

6. Tekanan

Bila kita stress dan tertekan, peluh mudah keluar. Kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita nie tengah berpeluh bila menghadapi tekanan tu. So, pandai-pandai la kawal emosi ye.

7.  Saiz badan

Orang yang berbadan besar lebihkerap berpeluh berbanding orang yang berbadan kecil. Kadang-kadang, tak buat aktiviti apa sangat pun, tapi orang yang berbadan besar mesti cepat keluar peluh.

8. Cara hidup

Orang yang merokok dan minum arak mesti badan bau pelik. Susah nak describe tapi memang bau yang sangat la tak best.

Cara Mengatasi Masalah Badan Bau Tengik

1. Daun sirih

Daun sirih nie bagus tau. Daun sirih nie adalah antiseptik dan membantu dalam membunuh kuman dan bakteria yang menyebabkan bau badan.

Caranya senang je. Ambil beberapa helai daun sirih dan rendam dengan air panas. Biarkan air tu sejuk sendiri. Bila agak-agak dah sejuk tu, minum la air rendaman itu tadi. Cuba amalkan setiap hari dan lihat keberkesanannya.

2. Limau nipis/purut

Limau nipis adalah sesuatu yang asidic dan sangat membantu dalam menghilangkan bau badan yang tak best tu.

Belah limau nipis tu. Kemudian, gosok limau tu kat ketiak dan bahagian-bahagian badan yang busuk tu. Lepas tu bilas dengan air bersih.

3. Bunga cengkih

Rendam beberapa bunga cengkih ke dalam air panas dan biar air tu sejuk sendiri. Bila dah sejuk tu minum air bunga cengkih tu. Amalkannya sekerap mungkin untuk menghilangkan badan bau tengik.

4. Timun

Timun sangat membantu dalam menghilangkan bau badan kita. Memang simple je caranya. Potong timun kecik-kecik. Lepas tu, gosok timun tu ke seluruh badan kita. Kalau buat selalu memang boleh hilang bau badan tu.

 

5. Alfalfa Complex

Kalau anda jenis yang sentiasa tak ada masa untuk sediakan bahan-bahan seperti di atas anda boleh cuba dengan cara telan jer alfalfa complex Shaklee.Makan secara konsisten in shaa Allah anda akan rasa perubahannya.Bukan setakat badan bau tengik jer yang hilang malah anda akan mendapat kesan yang lain juga selepas makan Alfafa ni.

Fungsi Alfalfa nie adalah untuk mengeluarkan semua toksin-toksin dalam badan kita nie. Bila badan kita bebas toksin, baru la badan kita tak berbau.

Klik sini untuk mengetahui tentang ALFALFA

Selamat mencuba!

Bagaimana Cara Nak Dapatkan Alfalfa Complex  ni?
Anda boleh buat belian dalam talian iaitu dengan menggunakan kad debit atau kad kredit
anda sendiri di link yang diberikan. Hanya klik icon order di bawah dan anda akan dapat membeli secara online secara terus dengan website shaklee malaysia.
Jika anda tidak mempunyai kad debit atau kad kredit atau untuk sebarang urusan COD (cash
on delivery) boleh menghubungi  sya seperti talian di bawah :
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi
,saya adalah wakil pengedar sah anda . Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya ditalian berikut :
DAN
“ Ingin mendapat 4 -5- 6 angka sebulandengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ? Hubungi
saya juga ! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan ! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan ! Dan anda akandijemput ke group Ekslusif di Facebook”

1 thought on “Tips Hilangkan Badan Bau Tengik Supaya Lebih Selesa Di Samping Rakan-Rakan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge