Tips Memulakan Makanan Pertama Bayi

Tips Memperkenalkan Makanan Pertama Buat Bayi

Tips

Baby Mikayla dah cukup 8 bulan..Ini bermakna dah hampir 3 bulan la juga Mikayla dah di berikan makanan pejal. Walaupun Mikayla ni anak ketiga, tapi tetap juga ibu nak buat research sikit tentang pemakanan pertama bayi, well, setiap anak tu makin banyak pengalaman kan.

Saya kongsikan apa info yang penting untuk mommies ya.

Sebaiknya JANGAN mulakan makanan pertama bayi sebelum usianya 6 bulan. Memulakan pemakanan lebih awal sangat tidak digalakkan kerana sistem pencernaan bayi belum matang dan ia akan meningkatkan risiko alergi makanan. Selain itu, ia juga meningkatkan risiko bayi mengalami sembelit.

So mommies jangan excited sangat tau. Fikirkan kesan jangka masa panjang baby.

Bagaimana nak tahu yang bayi anda bersedia untuk makan?

Selalunya tanda-tanda “mahu makan” ini akan bermula dari 4 bulan sehingga 6 bulan. Namun, mommies perlu tahu yang tanda-tanda ini berbeza antara bayi. Mungkin ada bayi yang menunjukkan satu, dua tanda, atau kesemua tanda yang ada di dalam senaraikan ini. Mommies boleh perhatikan tanda-tanda seperti;-

  • Bayi menunjukkan respon “masih lapar” walaupun sudah minum susu dengan cukup.
  • Permintaan sesi menyusu bayi bertambah kerap.
  • Bayi mula bangun pada tengah malam selepas satu tempoh penyusuan biasa.
  • Bayi menunjukkan minat ketika melihat orang lain sedang makan. Kekadang sampai menitik-nitik air liur, hihihi..
  • Bayi mampu menegakkan kepala dan leher ketika dalam posisi duduk.

Untuk kesihatan dan keselamatan bayi, mulakan pemakanan pejal bila bayi memasuki usia 6 bulan ok. 

Bagaimana memulakan makanan pertama bayi ketika 6 bulan?

Hasil mengali di google dan juga group ibu – ibu pakar, dapat lah beberapa info tentang maknanan pengenalan untuk baby berumur 6 bulan yang baru nak belajar makan ni. Kita mulakan dengan minggu pertama.

 

makanan pertama bayi ketika 6 bulan

  1. Bubur kosong
  • Masak beras biasa / beras perang sehingga lembut kemudian blend hancur . Tapis jika perlu.
  1. Puree buah
  • Mulakan dengan puree buah – buahan seperti aprikot, pisang, betik, epal atau pear.
  • Lenyekkan atau kisar buah – buahan pilihan ibu – ibu. Bila dah yakin hancur, tambahkan dengan susu ibu dan kacau sebati.
  • Pastikan puree itu tak terlalu pekat.Cair tak pe mudah untuk baby makan. Senang je nak uji kecairan puree tu. Ambil sesudu puree dan tuangkan. Jika mengalir jatuh, maknanya just nice. Ok lah tu.
  • Jika buah yang ibu – ibu pilih jenis yang keras seperti epal atau pear, boleh lah rebus dulu sebelum dilenyekkan.
  1. Puree sayuran
  • Masuk minggu kedua, ibu – ibu boleh perkenalkan puree sayuran pula,
  • Elakkan sayu – sayuran yang bergas seperti brokoli dan kobis atau sayuran pahit seperti peria,
  • Ibu – ibu bolehgunakan kentang, labu atau lobak merah.
  • Caranya sama je dengan puree buah. Basuh, potong, rebus atau stim hingga empuk dan lenyek atau kisar hingga hancur. Jangan lupa tambahkan susu ibu ye. Dan mesti cair.
  1. PERHATIAN!!
  • Elak paksa anak habiskan makanan.Kalau 3 sudu je bayi anda makan, cukuplah. Jangan dipaksa. dah namanya makanan pengenalan kan.
  • Elakkan buah – buah citrusseperti epal hijau atau oren yang masam. Boleh mengundang sakit perut pula nanti.
  • Jika ibu – ibu mula boring, boleh buat pure dari campuran beberapa buah – buahan seperti pisang + pear, epal + betik dan sebagainya.
  • Bayi yang berusia 6-7 bulan, elakkan beri makanan potensi alergi seperti kekacang, keju, telur, daging atau makanan laut.
  • Elakkan bahan perasa seperti gula dan garam kerana ginjal bayi masih belum matang dan tidak boleh proses natrium.
  • Elakkan beri puree lobak merah dalam kuantiti yang banyakkerana ianya boleh sebabkan najis bayi keras. Try and error ye ibu -ibu.
  • Makanan seperti bubur dan ikan bilis boleh diberi kepada bayi selepas berusia 7 bulan ke atas.
  • Amalkan “4 day rules” bila mulakan solid food ni. Beri anak anda makan makanan yang sama selama 4 hari untuk kita examine ada tak berlaku masalah penghadaman atau alergi pada bayi kita.
  • Jika bayi alergi, kesannya kita dapat lihat 1/2 jam selepas makan atau paling lama 2-3 hari.
  • Perhatikan juga najis baby..Kalau keras, mungkin puree yang kita sediakan tu terlalu pekat.
  • Bagi masalah kembung atau bergas, jika ianya berlaku selama 4 hari berturut – turut maknanya bayi anda tak serasi lah dengan makanan tersebut. Baik tunggu bayi anda besar barulah berikan makanan jenis tu.

Mommies kena ingat, memperkenalkan makanan pejal kepada bayi bukan bererti mengurangkan pengambilan susu bayi. Susu bayi tak kira lah susu ibu atau susu formula tetap penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.

Mommies juga perlu berhati-hati dalam memberikan makanan masam seperti oren, nenas, beri dan kiwi kerana dikhuatiri tidak sesuai dengan bayi. Sebaiknya mommies boleh meluaskan lagi menu makanan pejal kepada bayi agar si comel dapat pelbagai khasiat dan nutrisi yang penting semasa membesar.

Akan datang saya akan kongsikan resipi makanan bayi pula. Saya harap perkongsian ini berguna buat mommies. Pasti ibu ibu tak sabar nak mula suapkan makanan pertama buat si comel kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge