Tips Menghadapi Jerebu

Uncategorized

Apa khabar semua? Ada yang sudah mula rasa tak sihat, demam, batuk atau selsema? Sya alhamdulillah setakat ini masih sihat sejahtera.. Semalam ada jugak rasa tekak macam nak start sakit tapi bangun pagi ni ok pula

Sya pasti yang mana dah start sakit tekak , demam , selsema , sesak nafas semua itu berpunca daripada masalah JEREBU yang melanda negara kita ni.. Macam sya sendiri rasa nak sakit tekak mungkin disebabkan weekend haritu sya banyak ada di luar rumah.. So agak terdedah dengan cuaca luar yang sangat tak bersih  sekarang ni kan.

Tak dapat nak bayangkan macam mana orang yang memang bekerja di kawasan terbuka.. Allah, mesti lagi mencabar nak menghadapi situasi macam ni kan 🙁

So hari ni sya nak kongsikan antara cara-cara yang boleh kita amalkan bagi melindungi diri daripada kesan tak baik akibat dari jerebu.. Sebab kita memang tak dapat nak elak macam mana pun.. So mahu atau tidak, yang kita perlu buat adalah LINDUNGI DIRI dan KELUARGA daripada kesan tidak baik akibat jerebu..

1) Kurangkan Aktiviti Luar

Terutamanya buat kanak-kanak dan bayi, orang tua serta wanita hamil. Kalau boleh kurangkan lah aktiviti di luar ya.. Sebab golongan ini merupakan golongan yang agak rendah imun sistem dalam badan berbanding orang dewasa biasa.. So better pada waktu ini cuba kurangkan bawa anak-anak kecil keluar rumah.. Begitu juga wanita hamil dan orang tua..

2) Minum Air Secukupnya

Terutamanya kepada mereka yang terdedah dengan jerebu, sebaiknya minum air masak dengan lebih berbanding biasa kerana kebiasaannya tekak akan mula rasa perit dan kering.. Air masak membantu untuk elakkan badan kehilangan banyak air dan membantu meningkatkan sistem pertahanan badan..

Walau bagaimanapun, sya lebih suka gantikan air masak kepada air Performance Drink semasa jerebu ini.. Sebab Performance Drink adalah minuman isotonik yang mengandungi mineral dan elektrolit yang membantu elakkan badan hilang banyak air which is lagi bagus berbanding air masak biasa..

3) Pakai Mask Semasa Aktiviti Luar

Yang ini sangat penting ya semua. Sila make sure anda pakai MASK semasa beraktiviti luar ya. Dan sila pastikan pakai mask N95 yang boleh tapis habuk dan small particles ye. Jangan guna mask yang doktor guna dalam dewan bedah tu tauuu..hehe

Sya dulu pun actually guna surgical mask jugak.Sebab senang nak dapat kat kedai-kedai kan. Tapi sekarang ni dah tahu kena lah pergi cari mask N95 pulak..

4) Jangan merokok

Bab ini bagi sya sangat penting kepada semua individu yang terlibat. Sama ada anda perokok atau ada ahli keluarga keluarga atau rakan anda yang merokok, ingatkan mereka dan diri anda sendiri, mungkin ini waktu terbaik untuk berhenti merokok jika tidak kerana orang yang anda sayangi, fikirkan insan lain yang menyayangi anda!

5) Ambil Supplement Untuk Tingkatkan Imun Sistem

Haaaa.. Yang ni tips yang semua orang kena follow sebenarnya.. Bukan apa, kita memang tak mampu nak elak dari menghadapi masalah jerebu ni.. Tapi kita boleh lindungi badan kita daripada kesan buruk akibat jerebu.. Dan perlindungan paling utama adalah pelindungan dari dalam tubuh badan itu sendiri terlebih dahulu..

Sebab walaupun topeng apa pun yang kita guna untuk elak jerebu, tapi kalau imun sistem tubuh lemah, kita tetap berisiko untuk terkena penyakit.. So adalah sangat PENTING untuk kita lindungi diri kita dengan sistem pertahanan badan itu sendiri..

Antara supplement yang sya suggestkan untuk anda ambil adalah,

Performance Drink untuk membantu mengelakkan kehilangan banyak air dan meningkatkan sistem imun badan.

Nutriferon yang mana merupakan immune booster yang mana sangat-sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan bagi menghalang mudah terkena penyakit. Juga boleh diambil ketika demam bagi menggantikan paracetamol.

So, nasihat sya, make sure jaga kesihatan anda sebaiknya pada waktu macam ni yaaa.. Elakkan berada di luar rumah kalau tak ada hal yang penting.. Dan jom lah kita sama-sama doakan semoga masalah jerebu ini segera berakhir…

Sekian dulu tips daripada sya untuk hari ini yaaa..

Untuk anda yang nak dapatkan supplement-supplement seperti di atas, boleh lah hubungi sya

3 thoughts on “Tips Menghadapi Jerebu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge