Tips Menurunkan Berat Badan

Tips Menurunkan Berat Badan

Tips Vitamin Untuk Jantung Vitamin Untuk Kurus

 

Cara menurunkan berat badan tidak hanya untuk mendapatkan tubuh langsing yang ideal, tetapi untuk kesihatan yang baik juga.Berat badan berlebihan atau obersiti  boleh terjadinya bermacam penyakit berbahaya seperti serangan jantung, diabetes type 2, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan sebagainya.
Oleh sebab itu sangat penting menjaga kesihatan tubuh dengan menghapuskan lemak yang menempek di badan dan bonusnya adalah tubuh yang langsing.
Ni saya sertakan beberapa tips untuk menurunkan berat badan dengan mudah tanpa perlu ke gim.
1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan
ringan.
3. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
4. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
Selain itu kita boleh menggunakan vitamin diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan..Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika kita tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge