Tips Mudah Hamil

Terlalu ramai pasangan yang dah berkahwin sangat teringin untuk memiliki cahaya mata seringkali mencari cara mudah hamil, tidak kiralah sama ada secara tradisional mahupun rawatan moden.

Namun andainya anda dan pasangan adalah salah satu dari ribuan pasangan tersebut sya sarankan agar anda dan pasangan janganlah terlampau stress atau panik…Stress atau panik hanya akan memburuk kan lagi keadaan rumah tangga anda dan pasangan.

Saya faham dan tau anda dan pasangan menghadapi tekanan yang hebat dari orang-orang di sekelilingkan..Mesti ada saja mulut yang bertanya berkaitan cahaya mata terutama yang dah lebih satahun berkahwin tapi belum ada rezeki anak.

Cheq sarankan agar anda dan pasangan mencuba tips mudah hamil seperti di bawah…berhasil atau tidak sudah tentu dengan izin Allah S.W.T…cuma kita sebagai hambanya memang sangat-sangat di galakkan untuk berusaha kan.
1. Elakkan tekanan – Wanita ini diuji dengan pelbagai sebab. Hormone tidak stabil pun dah cukup menekan emosinya apatah lagi jika dibebani dengan kerja di rumah yang tak pernah henti. Ditambah pula dengan kerja kat office. Ni antara punca kenapa wanita nak bersama suami pun dia tak mampu nak bersama sepenuh hati.
Tips, kawal stress… senyum dan fikir baik baik. Allah kan ada 😊😊
2. Jaga pemakanan – “aku ni gemuk pun elok je lahir anak… dah 3 orang dah”, kita panggil tu rezeki kak. Rata rata wanita yang berjumpa doktor mengadu tidak dapat mengandung lagi akan pulang ke rumah setelah dinasihat untuk kurangkan badan terlebih dahulu dan barulah merancang kehamilan. Kawal pemakanan seimbang jika anda ingin merasa denyutan jantung dari rahim anda. In sya ALLAH boleh…
3. Berbuat baik – Lakukan kerja kerja amal, dekati anak anak yatim. Beritahu kepada anak anak yatim niat anda untuk peroleh zuriat. Solat hajat bersama mereka dan mohon mereka bacakan dan aminkan doa buat anda (seeloknya tulis dulu dalam satu kertas dan minta mereka bacakan doa tersebut sambil diaminkan
semua). Doa anak anak yatim mudah dimakbul ALLAH.
4. Kenali waktu subur – Waktu subur bagi wanita dengan kitaran haid normal adalah pada hari ke 7 period sehingga hari ke 16 period. Pastikan anda menggunakan peluang yang ada sebaiknya.
Tips Mudah Hamil
5. Minta nasihat doktor – Nasihat dari doktor sangat penting buat mereka yang belum lagi dikurniakan zuriat. Minta doktor scan rahim anda, lihat keadaannya, sihat atau tidak. Percayalah tidak ramai yang berani untuk minta doktor buat semua itu untuknya melainkan dia benar benar tahu mengapa rahim itu perlu di scan.
6. Jauhi rokok – Baik lelaki atau wanita, keduanya dilarang merokok demi perkembangan janin. Kajian saintifik pun dah bagitau, bila seseorang tu merokok ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan akan ambil masa yang lama untuk pregnant.
7. Kurangkan caffeine – Risiko mengurangkan kesuburan sangat tinggi bagi mereka yang consume caffeine lebih dari 5 cawan sehari. Biarpun dengan meminum minuman bercaffeine contohnya coffee akan bagi lebih tenaga, tapi limitkanlah kepada 2 cup sehari.
8. Tak putus berdoa – Allah tunggu hambanya berdoa dan minta padaNya. Kalau bab meminta pun segan apatah lagi solat 5 waktu dan solat dhuha, macam mana Allah nak bagi. Percayalah Allah ada, dan melihat kita. Buatlah yang terbaik, in sya Allah Dia akan mudahkan.
9. Minta ibu ayah, ibu ayah mertua doakan – Doa daripada ibu ibu dan ayah ayah ni
sangat mudah diterima Allah. Jangan malu untuk beritahu hajat dan niat anda
sambil tu minta mereka doakan. Anda akan tahu keajaibannya apabila kita tidak
putus menyayangi dan mengasihi mereka.
10. Jangan putus usaha. Banyak produk produk mudah hamil & kesuburan di pasaran. Tak salah ambil tahu mengenai produk produk berkenaan. Cari yang ada kelulusan dari KKM. KKM hanya akan beri kelulusan kepada produk yang selamat. In sya Allah..
11. Belajar ilmu kehamilan & kelahiran. Ilmu sangat penting untuk hamil. Kalau waktu subur pun kita tak tahu, tips mudah hamil pun terkapai kapai, ia akan sukarkan impian kita untuk jadi mak ayah dengan mudah. Banyakkan ambil tahu dan membaca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge