Tips Penjagaan Luka Jahitan Selepas Bersalin

B-Complex Energizing Soy Protein (ESP) Vita-Lea Vitamin C Zinc Plus

 

Pengalaman bersalin, merupakan satu pengalaman yang tak dapat digambarkan dengan perasaan dan kata-kata.Hilang segala kesakitan saat mendengar tangisan si kecil. Segala luka dan kesakitan dikira sangat berbaloi kan. Walau bagaimanapun, luka bersalin perlu dijaga dengan baik supaya proses pemulihan dapat berjalan lancar dan tubuh badan dapat kembali kepada keadaan asal. Ada sedikit perbezaan dalam
menjaga jahitan C-Section dan episiotomi. Penjagaan luka bersalin amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman. Di sini saya kongsikan panduan-panduan serta beberapa tips penjagaan khas bagi kedua-dua jenis luka.
 

Penjagaan khas luka C-Section: 

 
 
 

Luka akibat pembedahan C-Section mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika merasa lemah dan tidak selesa, itu perkara biasa.

1)Rehat – Berehatlah selama yang boleh. Pastikan apa sahaja yang anda dan bayi perlukan berada dekat dengan anda.

2)Tampung abdomen – Sentiasa tampung abdomen dengan struktur badan yang betul ketika berjalan dan berdiri. Pegang abdomen berhampiran dengan luka semasa batuk, bersin atau ketawa.

3)Luka sentiasa bersih dan kering – Bagi mengelakkan jangkitan dan bernanah, pastikan luka sentiasa bersih dan kering:
• cuci luka ketika mandi
• keringkan luka dengan pengering rambut
• sapukan ubat yang dibekalkan terutama sebelum memakai bengkung
• letakkan tisu sebagai lapik sebelum memakai bengkung bagi menyerap peluh terutama pada bahagian luka

Penjagaan khas luka episiotomi:

 
 
Luka episiotomi lebih rumit penjagaannya berbanding luka C-Section kerana tempat luka yang lebih mudah lembab.1)Pek ais – 
Letakkan pek ais pada luka. Ini akan menyebabkan kebas dan mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada luka. Sama ada di hospital atau di rumah, tukarkan pek ais yang baru setiap 12 jam.2)Rendaman antiseptik – 
Bagi membantu membersihkan kawasan luka, berendamlah dalam air suam bercampur antiseptik. Ini dapat membersihkan kawasan luka sambil menghindari kuman. Gunakan sitz bath supaya anda tidak perlu memenuhkan tub mandi.3)Elakkan terlalu lama dalam satu posisi – 
Tanpa rehat yang mencukupi, kawasan luka boleh membengkak. Namun elakkan berbaring, berdiri atau duduk terlalu lama. Cuba untuk berjalan perlahan-lahan. Anda juga boleh duduk di atas bantal atau padded ring untuk keselesaan.

4)Aliran air suam – 
Ketika membuang air kecil, alirkan air suam pada kawasan perineum. Ini membantu mengurangkan rasa ‘terbakar’ pada kulit apabila urin menyentuhnya. Alirkan juga setelah selesai. Ketika membuang air besar, tekankan sedikit kawasan perineum dengan pad bersih.

5)Sapuan dari depan – 
Apabila mengeringkan kawasan luka, pastikan anda lakukan sapuan dari depan ke belakang bagi mengelakkan jangkitan kuman dari kawasan dubur.

6)Senaman kegel –
Mulakan senaman kegel pada hari anda melahirkan bagi membantu memulihkan otot, menggalakkan aliran darah dan mempercepat pemulihan. Lakukan ia apabila bertukar posisi. Kontraksi pada lantai pelvis dapat mengurangkan rasa tarikan pada jahitan apabila anda bergerak.

7)Dedahkan luka – 
Jika dapat, dedahkan kawasan luka selama mungkin setiap hari. Ini membantu kawasan luka sentiasa kering.

8)Ubat luka –
Jika anda dibekalkan dengan ubat sapuan untuk luka, sapukan selepas mandi atau rendaman antiseptik setelah kawasan luka dikeringkan. Anda juga boleh menggunakan minyak hazel bagi tujuan sembuhan.

Tips Penting Selepas Bersalin

1)Minum banyak air
Minumlah air dengan banyak terutama jika anda mengalami koyakan pada perineum yang melibatkan bahagian dubur (koyakan tahap 3 dan 4). Ia dapat menggantikan cecair dalam badan yang hilang dan mengelakkan sembelit. Kosongkan pundi kencing selalu bagi menghindari jangkitan pada saluran kencing (UTI). boleh baca tips atasi masalah sembelit DI SINI

2)Perhatikan tanda-tanda jangkitan
Pastikan luka tidak dijangkiti kuman. Hubungi doktor atau pihak hospital jika anda dapati perkara berikut: luka menjadi merah, merasa panas, membengkak dan terdapat cairan seperti nanah; demam panas sehingga 38C; atau sakit yang semakin teruk di sekitar luka.

3)Ambil ubat jika perlu
Ambillah ubat tahan sakit apabila dirasakan perlu seperti ibuprofen atau acetaminophen. Elakkan aspirin jika anda menyusukan bayi kerana ia memberi kesan negatif.

4)Elakkan mengangkat benda berat
Hindari daripada mengangkat benda berat kerana ia akan memberi tekana terhadap lantai pelvis dan abdomen anda.

5)Hubungan kelamin
Tubuh anda memerlukan waktu untuk pulih sepenuhnya, begitu juga dengan organ peranakan. Berikan masa sebelum anda kembali melakukan hubungan kelamin, mungkin antara 4-6 minggu selepas melahirkan. Atau kalau boleh berpantang la untuk bersama selama 100 hari.

6)Bersabarlah
Pemulihan luka selepas bersalin mengambil masa. Bersabarlah dan jangan terburu-buru untuk cepat melakukan kerja-kerja berat. Simpan tenaga anda untuk menguruskan bayi dan diri anda supaya tubuh badan anda dapat pulih dengan baik sepenuhnya.

Set Berpantang Shaklee (Untuk yang Bersalin Normal/ Cesarean)
Selain dari penjagaan di atas suplemen juga turut membantu penyembuhan luka bersalin. Set berpantang Shaklee ini sesuai untuk yang bersalin normal atau Cesarean. Ibu-ibu juga tidak perlu risau menggunakan set ini kerana:
  • Boleh teruskan digunakan walaupun bayi menghidapi Jaundis (Kuning).
  • Membantu dalam penyembuhan luka melalui tindakan dalaman tanpa perlu krim, minyak herba atau makanan tambahan lain seperti sup ikan haruan yang agak sukar untuk disediakan. Bagi ibu yang berpantang sendiri, set ini sudah mencukupi tanpa perlu bersusah-payah memikirkan makanan tambahan seperti ibu yang berpantang dijaga.
  • Tiada efek panas seperti jamu yang tidak sesuai pada ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif.
  • Boleh terus digunakan walaupun selepas bersalin kerana set ini juga akan mencantikkan kulit ibu, membuatkan wajah berseri-seri serta tidak pucat dan merapatkan keintiman di dalam hubungan suami isteri.
  • Bertindak sebagai “perapat” jika anda turut mengambil alfalfa bersama set ini.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge