Tips Pilih Kasut Sesuai Untuk Ibu Hamil

Tips

Kaki adalah anggota badan untuk menyokong keseluruhan tubuh badan kita. Pemilihan kasut yang betul pula penting untuk menyokong fungsi kaki tadi terutamanya ketika hamil. Maklumlah apabila perut semakin membesar dan berat badan pula bertambah, memang susah untuk ibu-ibu bergerak. Keadaan pasti makin sukar jika kasut yang disarungkan kurang sesuai, silap-silap boleh tergelecek dibuatnya.So untuk entry kali ni sy kongsikan dengan mummy2 semua tips pilih kasut sesuai untuk ibu hamil.

Teringat pula saya dulu memang gila beli high heels..sampai masa hamil tu memang berkenan dengan satu kasut tu..Beli la juga takut anak mengidam..hohoho…konon nak di pakai selepas bersalin nanti tapi rupa-rupanya selepas bersalin kena dukung anak pula.Sudahnya memang disimpan terus kasut tu..Tunggu la kot tahun depan dah boleh pakai..

Pemilihan kasut sangat penting untuk ibu hamil kerana kalau salah memilih ibu-ibu hamil bakal berdepan dengan masalah sakit belakang juga.Jadi memang pemilihan kasut adalah antara perkara yang tidak boleh di pandang ringan oleh ibu-ibu ye.

Ok jom kita tengok pula kasut yang sesuai di jadikan pilihan ibu hamil : –

Tips Pilih Kasut Sesuai Untuk Ibu Hamil

Tapak Rata

Seboleh mungkin, pilih kasut yang mempunyai tapak yang leper dan rata. Apabila kandungan semakin membesar, ibu-ibu memerlukan lebih sokongan untuk berdiri dan bergerak dengan stabil. Kasut bertumit akan menyukarkan pergerakan dan boleh membuatkan ibu tergelincir.

 

 

Tapak Tidak Licin

Selain tapak yang rata, pastikan permukaan tapak juga tidak licin.Tapak yang licin boleh menyebabkan kita tergelincir terutama sekali ketika berjalan di lantai yang basah atau ketika menuruni tangga.

 

Antara jenama kasut yang selesa dipakai ibu hamil

Selesa Dipakai

Pilih kasut yang selesa dipakai dan mempunyai potongan yang lebar. Tapak yang lembut juga penting untuk memberi keselsaan kepada kakiMaklumlah sesetengah ibu hamil akan mengalami edema atau bengkak kaki. Memilih kasut atau sandal yang berpotongan lebar akan memberikan keselesaan kepada kaki.

 

Mudah Disarung

Pilihlah kasut yang boleh disarung dengan mudah tanpa memerlukan ibu membongkok atau memerlukan bantuan angan untuk memakainya. Antara kasut yang memenuhi kriteria ini ialah sandal. Kasut bertali juga  kurang sesuai dipakai kerana ibu perlu mengikatnya. Ianya juga merbahaya kerana ibu-ibu boleh terpijak tali dan jatuh tersadung.

 

Kasut Pilihan Stylish

Mengandung tidak bermakna ibu-ibu tidak boleh bergaya. Selain empat kriteria di atas, jangan lupa juga pilih kasut yang cantik dan bergaya.

 

Sekiranya ibu masih mengalami sakit belakang walaupun telah memilih kasut yang sesuai dan bergerak dengan postur yang betul , ibu-ibu mungkin boleh baca entry saya yang lalu berkaitan sakit belakang semasa hamil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge