Tips-tips Ibu Hamil Berpuasa Tanpa Membahayakan Diri

Uncategorized

Berpuasa ketika hamil bukan satu
masalah sebenarnya,Macam sya sewaktu hamilkan anak pertama dah berada di
penghujung trimester tapi di sebabkan pergerakan bayi semua ok , sya pun tak ada masalah jadi sya teruskan berpuasa selama sebulan.Anak kedua pula hamil di
trimester pertama dan sya tak alami sebarang alahan jadi sya teruskan juga
berpuasa.
Untuk ibu hamil yang sihat dan
kuat boleh menunaikan rukun Islam yang ketiga ini. Cuba amalkan tips ibu hamil berpuasa tanpa bahayakan diri  dan kekal cergas di bulan ramadhan 
·         Sentiasa bertenang
dan elakkan stres. Perubahan dalam rutin , kekurangan makanan dan air,
dan makan dan minum pada masa yang berlainan, boleh menyebabkan tekanan.
Ibu hamil yang berpuasa pada bulan Ramadhan mempunyai tahap
hormon kortisol dalam darah mereka yang lebih tinggi berbanding
wanita yang tidak berpuasa.
·         Terimalah
bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan mungkin akan
berjaga malam untuk beribadat, kita sendiri perlu menjalani Ramadhan kali ini
dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.
·         Mintalah nasihat daripada
wanita lain dalam keluarga  tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
·         Elakkan
aktiviti yang membuatkan kita berasa panas kerana ini boleh menyebabkan kita  ternyahhidrat dengan cepat dan boleh membahayakan bayi.
·         Rancang jadual harian kita sebaiknya supaya kita  boleh berehat secukupnya.
·         Elakkan
berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
·         Kurangkan membuat kerja rumah dan apa-apa aktiviti yang meletihkan.
Pastikan juga kita makan pelbagai
makanan yang sihat dan minum banyak air apabila berbuka
puasa dan semasa sahur. Makan makanan ringan yang sihat sebelum tidur, dan
jangan sesekali meninggalkan waktu bersahur.
·         Pilih makanan
yang membebaskan tenaga dengan perlahan. Karbohidrat kompleks, seperti yang
didapati daripada bijirin penuh mil dan benih, dan makanan tinggi serat,
seperti dal, sayur-sayuran dan buah-buahan kering, akan memberikan
tenaga. Ini juga akan membantu untuk mengelakkan sembelit.
·         Elakkan
makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah kita dengan
cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkankita berasa seperti
hendak pitam dan pening.
·         Elakkan
juga makanan yang tinggi lemak dan makanan yang  diproses. Buat pilihan yang lebih
sihat seperti kentang atau kacang kuda.
·         Pastikan
kita mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur
yang dimasak sepenuhnya. Ini akan membantu bayi kita membesar dengan sihat.
Untuk sumber protein segera, anda boleh mengambil ESP Shaklee
·         Cara
untuk minum air mencukupi di bulan puasa, cuba minum kira-kira 1.5  hingga
2 liter air atau minuman lain dari masa berbuka puasa hingga sahur dan elakkan
minuman berkafein seperti kopi dan teh. Kafein menyebabkan badan kita kehilangan lebih air semasa kencing, dan boleh menyebabkan kita ternyahhidrat dengan cepat
terutamanya jika cuaca  panas.
Di samping itu, terdapat beberapa zat penting yang
diperlukan saat kehamilan, di antaranya asid folat, zat besi dan kalsium.
Asid folat boleh diperoleh dari kekacang, zat besi didapati dari sayuran,
sementara sumber kalsium boleh diperolehi dari susu dan ikan. Terdapat
risiko kekurangan zat penting ini semasa berpuasa akibat daripada pengambilan
makanan yang tidak berkhasiat.
Di samping itu, bagi memastikan keperluan zat
penting untuk ibu hamil ini dipenuhi walaupun semasa berpuasa, adalah
digalakkan untuk mengambil suplemen.
1. Zat Besi
Kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu
kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah
pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
2. Vitamin C
Berfungsi sebagai antioksidan,
membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan
menjadikan kulit lebih cantik. Di samping itu, ia membantu penyerapan zat
besi. Kalau tak cukup Vitamin C, makanlah zat besi sekapal pun tidak akan
diserap oleh badan 
3. Vitamin
B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan
oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus,
emosi lebih stabil dan wajah berseri. Mengandungi asid folik untuk
keperluan ibu hamil. Kekurangan asid folik pada ibu hamil boleh
menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan saraf seperti neural tube
defect.
B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila kita tak stress, penghasilan susu akan lebih baik.
 4. Calcium & Magnesium
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang
tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi
dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu,
pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga
dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk
penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara
ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu
tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang
belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan
tua. Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah
susu merudum ketika period.
Ibu hamil boleh cuba amalkan set hamil dari shaklee yang pastinya akan membuatkan kita kekal bertenaga.Nak order set hamil dari shaklee bole turus hubungi sya ok..Penghantaran cod di sekitar kawasan shah alam dan yang jauh jangan risau sya boleh poskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge