Turunkan Berat Badan Dengan Cara Yang Berkesan

Uncategorized

Stress kan
kalau berat badan tak mau turun-turun.Melangut sendiri tengok baju baju lama
yang terpaksa di buang gara-gara sudah tidak muat lagi.nak pakai juga mesti dah
macam rupa balut nangka je.Membazir sangat kan.Lagi stress kalau baju kegemaran
suatu ketika dulu pun dah tak boleh nak pakai.Rasa nak meraung menangis je
tengok dok bersusun dalam almari tu.
Berdasarkan
statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29%
penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di
Malaysia pada tahun 2006.
Berikut
merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan
dengan cepat dan juga sihat.
1 Kunyah
makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan kita berasa cepat kenyang
lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2 Kurangkan
pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang
kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi
seperti air bergas, kuih muih, dan jajan.
3 Jika terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan
dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
4 Jangan
makan lewat malam. Jika kita tergolong dalam golongan ini, kurangkan
pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk
tidur.Sebainya makan malam sebelum pukul 7.00.
5 Jika  terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau
makan sebiji buah seperti epal atau pisang.Buah kurma juga dapat membantu buatkan kita rasa kenyang.
6 Jangan
terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan dengan tujuan untuk
menurunkan berat badan. Ini hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan
sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana
sehari.
7 Kawal nafsu
makan kerana ia akan membuatkan kita makan lebih dari yang sepatutnya.
Inilah sebabnya perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal
nafsu makan.
8 Jika masih gagal mengawal nafsu makan, boleh mencuba protien dari shaklee dan memakannya di antara hidangan dua
kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan
tengahari dan makan malam.
9 Boleh
menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan.
Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang
betul dan sihat. pastikan pil diet yang mendapat pengesahan KKM ye.Klik sini untuk semak KKM supplement yang kita makan.
10 Tingkatkan
aktiviti fizikal.Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari.Tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan.
Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti
seperti park kereta lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih
untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11 Buat
senaman ‘sit up’ dan ‘push up’ setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan
pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap sesi Tambah jumlah ‘sit up’ dan ‘push up’ dari hari ke hari sehingga mampu untuk
membuat 100 kali setiap sesi. Dengan cara ini,bukan sahaja boleh
menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang
cantik berketul-ketul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge