Uncategorized

Vitamin Asas Yang Diperlukan Oleh Ibu Hamil


Alhamdulillah
makin banyak dapat berita kawan-kawan dan customer yang ambil Set Kesuburan
sebelum ini akhirnya berjaya hamil. Syukur alhamdulillah.Dan sya sendiri dah
masuk 18 minggu hamilkan anak ketiga.
Entry ni sya nak kongsikan
Vitamin Asas yang diperlukan oleh ibu hamil. Perlu ke makan Vitamin lagi bila
dah mengandung? Ayat ni selalu kedengaran dari para-para ibu terutamanya yang
pertama kali “pregnant”.
Keperluan vitamin yang secukupnya amat
penting untuk tumbesaran bayi juga ketahanan badan ibu. Mana tak nya sebelum
nie jaga badan sendiri je sekarang dah tambah lagi sorang. Habis semua baby nak
kongsi dengan ibu termasuklah zat vitamin ibu. Untuk memastikan perkembangan
bayi yang baik didalam kandungan ibu harus membekalkan vitamin dan makanan yang
berkhasiat yang secukupnya.
Badan kita memerlukan Vitamin yang
secukupnya untuk meneruskan kelangsungan tubuh yang sihat dan baik. Maka
ibu-ibu hamil harus mengambil vitamin bermula di awal kehamilan.
Vitamin &
Nutrien Penting Untuk Ibu Hamil
Protein merupakan sumber asas bagi
pembinaan sel-sel didalam tubuh badan kita. Maka oleh itu protein sangat
penting dalam membekalkan protein kepada ibu dan bayi bagi membantu tumbesaran
bayi dari masa ke semasa. Dengan pengambilan protein yang mencukupi juga ibu
dan bayi akan memperolehi kulit yang sihat dan cantik.
Pengambilan asid folik juga penting
semasa ibu hamil. Pengambilan awal amat baik untuk perkembangan bayi, di
samping dapat mencegah daripada berlakunya kecacatan pada tiub neural bayi.
Pengambilan asid folik yang lengkap dengan Vitamin B adalah sangat
penting kerana ia dapat membantu pembentukan dan pemeliharaan sel darah
merah dengan baik.
Pengambilan kalsium yang mencukupi amat
penting semasa hamil, kerana ibu dan anak akan berkongsi bekalan kalsium yang
ada pada ibu. Jika ibu kekurangan kalsium bayi tidak mendapat sumber kalsium
dengan baik. Oleh itu, untuk pembinaan tulang bayi yang kuat dan sihat ibu
haruslah membekalkan kalsium yang mencukupi untuk dibekalkan kepada bayi. Ibu
yang kekurangan kalsium juga berpeluang mengalami sakit-sakit tulang dan
kekejangan otot yang serius selepas melahirkan.
Vitamin C juga mempunyai peranan yang
tersendiri. Selain baik untuk sistem imun badan ibu dan bayi, Vitamin C juga
amat diperlukan bagi mendapatkan penyerapan zat besi dengan baik dan berkesan.
Tanpa Vitamin C, zat besi tidak dapat diserap dengan baik dan akan berpotensi
mendapat anemia. Oleh itu, ibu dinasihatkan mengambil Vitamin C dengan kadar
yang secukupnya untuk bekalan ibu dan bayi.
Zat Besi amat diperlukan oleh ibu sejak
diawal kehamilan, ia kerana kandungan darah yang diperlukan untuk dipam lebih
50% daripada biasanya dalam tempoh kehamilan. Ibu-ibu yang kekurangan zat besi
kebiasaannya akan mengalami masalah seperti pening, cepat letih, sembelit dan
mudah jatuh sakit. Makanan yang kaya dengan zat besi ialah ayam, daging merah,
bayam, kubis dan tauhu. Pengambilan dengan Vit C lebih membantu peneyerapannya
dengan lebih baik untuk badan kita.
6. OMEGA 3
Minyak Ikan sangat dikaitrapat dengan
kecerdasan otak. Pengambilan Minyak Ikan yang mengandungi DHA, EPA & Omega
3 sejak hamil mampu membekalkan yang terbaik untuk bayi kita. Minyak Ikan akan
bertindak sebagai asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita.
Jadi untuk ibu hamil boleh lah ambil suplemen yang berasaskan minyak ikan
semulajadi untuk membantu kercerdasan bayi sejak dari dalam perut lagi.
Banyak nya
nak kena makan!
Macam banyak nya nak kena ambil kan?
Demi kebaikan ibu dan bayi, ibu haruslah peka dengan pemakanan ibu . Nutrisi
yang diperlukan macam dekat atas tu, semua boleh dapat daripada pemakanan kita
seharian akan tetapi makanan yang dah dimasak dengan suhu yang tinggi akan
kehilangan nutrisinya yang asli. Oleh itu, ibu-ibu boleh menambah keperluan
nutrisi dengan mengambil vitamin @ suplemen tambahan semulajadi.
Lain sangat rasanya, bila ibu dah cukup
nutrisi. Badan akan rasa lebih cergas dan tak ada rasa pening-pening yang
kerap. Kalau rasa banyak sangat nak makan, sya cadangkan untuk ibu ibu amalkan  Set
Hamil Shaklee ia nya adalah vitamin semulajadi yang lengkap dan baik untuk kesihatan
ibu dan bayi.
 Vitamin Asas Yang Diperlukan Oleh Ibu Hamil , ESP , VITAMIN C , B-COMPLEX , VITALEA ,OMEGA , OSTERMATRIX
Set Hamil Shaklee merupakan set yang
lengkap dengan keperluan vitamin yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil, disamping
memenuhi keperluan untuk ibu sepanjang waktu kehamilan ia sekaligus membantu
perkembangan yang baik untuk bayi kita.
Testimoni Sya Sendiri :
Alhamdulillah sepanjang nak masuk 5
bulan kehamilan morning sickness tak teruk dari awal kehamilan lagi,xada
muntah2 pun, badan pun rasa lebih bertenaga. Memandangkan sya berkerja, memang
sangat perlukan extra tenaga.HB tiap bulan pun ok jea,Tak pernah lagi kurang
dari 11.Alhamdulillah.Memang berbeza dengan dua kehamilan sebelum ni yang Hb
tak pernah nak cecah 10 pun.(Tak Bershaklee lagi masa tu).Pengambilan ESP
secara konsisten memang membantu sya dari asyik nak makan je.Pendek kata bertenaga jer sepanjang berpuasa ni pun.
Bagaimana untuk dapatkannya?
Sekiranya, anda ingin mendapatkan Set
Hamil Shaklee, boleh hubungi sya melalui whatsapp atau call jer  017-4205506.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge