Vitamin C Shaklee

Uncategorized
Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik, dan ianya larut dalam air dan tidak disimpan oleh badan. Ianya antara Vitamin yang paling mudah hilang, samaada dari segi penyediaan makanan, mahupun dalam badan kita sendiri. Ia hanya boleh bertahan selama beberapa jam sahaja dalam saluran darah, menyebabkan kita seharusnya mengambil Vitamin C selang beberapa jam. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing. Makan vitamin C berlebihan tidaklah merbahaya pada anda, tetapi ianya merbahaya pada poket anda. Hihi.
Contoh buah-buahan yang banyak kandungan Vitamin C adalah; oren, limau, anggur manakala dari kumpulan sayur-sayuran pula adalah seperti tomato, kubis, asparagus dan mana-mana sayur-sayuran yang berwarna hijau.
Sebagai pengganti, anda juga boleh mengambil makanan tambahan untuk melengkapkan keperluan vitamin C dalam badan anda. Natural vitamin C tambahan biasanya dibuat rosehips atau buah-buahan sitrus. Tambahan ini biasanya boleh didapati dalam bentuk tablet atau kapsul, membuat ia lebih mudah bagi anda untuk memperoleh jumlah yang mencukupi vitamin C; sekiranya tiada masa atau keadaan yang membolehkan kita mendapatkan Vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Terdapat beberapa tips berguna untuk anda memakan vitamin C betul:
  1. Masak sayur-sayuran di dalam sup membolehkan kita mendapat Vitamin C dari kuahnya kerana ia larut air. Tetapi, mendidihkan makanan dengan sayur-sayuran terlalu lama juga menyebabkan kehilangan Vitamin C ini. Sebab tu biasanya bila kita masak sayur, jangan terlalu lama.
  2. Jangan simpan dan rendam sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam air, kerana ia akan kehilangan Vitamin C.
  3.  Menggabungkan vitamin C dengan nutrien lain untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada setiap nutrien.
Jadi, ,mulai sekarang jangan lupa untuk mengambil vitamin C kerana ia adalah sangat penting untuk badan kita. Makan makanan yang segar adalah yang lebih afdal dan terbaik. Walau bagaimanapun, mengambil supplement juga merupakan cara alternatif untuk mendapatkan vitamin ini.
Vitamin C Shaklee Sustanied Released adalah Vitamin C yang dilepaskan secara perlahan-lahan dalam tubuh. Jadi, ia amat sesuai digunakan tanpa perlu risau akan dosage dan kuantiti sebenar yang diserap dalam tubuh, dan yang berlebihan melalui air kencing.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu 
tinggi,saya adalah pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan 
menghubungi saya di talian seperti berikut :
Message/Whatsapp : 017-4205506


Fb : Fisya Yusof

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge