Vitamin Terbaik Untuk Kanak-kanak Vitamin Untuk Denggi Ubat Denggi Ubat Demam Ubat Sakit Tonsil Kanak-kanak

Vitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Set Untuk Kanak Kanak Vitamin Untuk Kanak-Kanak

Alahai, Anak Jatuh Sakit Lagi!

Tak Tenang Hati Mak Ayah Nak Pergi Kerja. Betul?

“Demam lagi….. Baru je baik 2, hari dah demam balik. Tak sempat nak gemuk balik badan. Kering terus”

Familiar kan

Lagi-lagi lah kalau bukan kita sendiri yang jaga. Masa kita jaga, boleh pulak molek elok je sihat setahun tak demam. Tapi bila start je hantar taska atau pengasuh, mula lah macam-macam sakit datang. Ada yang terus siap warded haaa. 

Tapi percayalah, once anak tu mencecah umur 2 tahun ke atas, insyaAllah akan kuatlah immune sistem diorang ni. Chill out parents!

Kenapa Anak Selalu Demam? 

Demam didefinisikan sebagai suhu melebihi 37.5ºC.  Suhu badan normal adalah 36.6-37.5ºC. Demam tinggi iaitu suhu teras >38.5ºC, sering dikaitkan dengan konvulsi (sawan), merengat (heat stroke) dan halusinasi (meracau). Banyak benda yang boleh sebabkan demam sebenarnya. Antaranya, ialah jangkitan kuman dan juga radang. 

Tapi, demam tidak semestinya berbahaya dan ia sebenarnya merupakan tindakbalas fisiologi normal yang penting dan bagus untuk badan. Ia memberi maklumat bahawa terdapat gangguan kepada tubuh manusia. Ia juga adalah salah satu perisai badan untuk melawan penyakit, yang mana kenaikan suhu badan dapat membasmi sebahagian kuman. Namun, tak boleh pandang rendah pada demam juga. Sebab ia bukan nya 100% petunjuk @ tanda tahap sesuatu penyakit serious.

Jadi, apa yang perlu ibu-bapa perhatikan?

Tanda-tanda demam itu mungkin ringan adalah:

  • Selsema,
  • batuk,
  • sakit tekak,
  • cirit-birit

Sekiranya anak itu masih boleh makan dan minum, dan aktif bila bila suhunya turun setelah diberi ubat demam, maka ibu bapa boleh lah rasa lega sikit dan monitor perkembangan anak.

Tapi…

Andai pula simptom ini ada:

  • sawan,
  • susah bernafas,
  • tidak bermaya atau
  • tidak sedarkan diri

… maka, ibu bapa kena sangat alert dan anak tu memerlukan rawatan dengan segera.

So, Apa Nak Buat Kalau Anak Tengah Demam? 

>

Demam dengan gejala biasa boleh diberikan sebahagian rawatan di rumah seperti:

  • Banyakkan minum air masak
  • Lap badan dengan air suam jika demam terlalu panas (jangan dilakukan semasa anak menggigil kerana ini akan menaikkan lagi suhu badan)
  • Ubat demam (antipiretik)
  • Oral – Paracetamol, Diclofenac, Ibuprofen
  • Supositorirektal – Paracetamol, Diclofenac
  • Jangan beri aspirin
  • Rawatan untuk gejala yang berkaitan seperti ubat selsema/batuk/cirit birit

Demam yang melebihi 4 hari juga haruslah dibawa berjumpa dengan doktor untuk diperiksa apakah yang menjadi punca demam tu jadi. Sekiranya tidak teruk dan tidak berlarutan tidak memerlukan rawatan. Demam yang disertai gejala-gejala yang bahaya memerlukan pemeriksaan doktor dengan segera untuk rawatan hidrasi/antibiotik atau penyiasatan lanjut.

So, Apa Nak Buat Kalau Demam Anak Terlalu Tinggi? 

Kalau anak yang demam tu kekal aktif, boleh makan minum dan masih ceria, serta responsive pada ubat demam dengan baik; tak ada masalah. InsyaAllah ubat demam boleh buatkannya selesa.

Tapi kalau demam tu berlarutan sehingga lebih 3 hari dan panas yang tinggi, maka perlu lah jumpa balik dengan doktor. Biasanya doktor akan buat ujian darah untuk cek penyebab demam tu. Kalau setakat viral fever, oklah. Kalau confirm ade bakteria ke, maybe jugak doktor akan bagi antibiotik.

Tapi kalau sampai lembik, anak tu tak bermaya, makan tak nak, minum tak nak, berat badan anak pon makin hari makin berkurang; kena lah cepat-cepat bawak berjumpa doktor lagi dan make sure jumpa doktor yang sama supaya rawatan lebih terperinci dan history taking boleh diambil dengan betul.

Lebih kecik usia anak, maka lebih kene ambik perhatian.

Apa Penyebab Demam Sebenarnya?

Demam adalah simptom. Demam tu tanda nya imun sistem badan sedang berfungsi. Ada banyak faktor yang sebab kan demam.

  • Faktor persekitaran, seperti keadaan taska yang tak kondusif dan pencemaran bekalan makanan dan air
  • Faktor immuniti
  • Faktor nutrisi dan pemakanan yang tak seimbang

Contohnya:

  • Tahap immuniti kanak-kanak yang lebih kecil lebih rendah berbanding kanak-kanak yang lebih besar
  • Kanak-kanak yang kurang nutrisi lebih mudah jatuh sakit berbanding kanak-kanak yang cukup nutrisi
  • Kanak-kanak yang menghidap sakit kronik seperti penyakit jantung, buah pinggang, saraf, immunodeficiency, Thalassemia dan banyak lagi lebih mudah dijangkiti kuman berbanding kanak-kanak yang sihat.

Jadi apa yang boleh kita kawal ialah dengan memberikan nutrisi yang baik kepada anak; supaya immuniti anak-anak kita ni bertambah kuat. Tak salah untuk jatuh demam, tapi dengan memastikan immune sistem mereka cukup bagus untuk melawan jangkitan.

 

Testimonial Cara Cepat Legakan Demam Dengan Tingkatkan Imun System

 

<

<

<

<

 <

<

 

Demam Denggi. Bahaya Atau Tak Pada Kanak-kanak?

 

Selain demam biasa mungkin juga kanak-kanak boleh terkena demam denggi. Bagaimana demam denggi ni boleh terjadi? Korang tau kan demam denggi ni boleh berjangkit? Bagaimana? Ha demam denggi ni adalah sejenis penyakit virus berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Ada yang konpius tak?

Ok gini bila salah seorang yang dah kene denggi, datang nyamuk hinggap dan ketik pastu si nyamuk ni gi pulak kat orang lain pastu ketik lagi. Nampak tak??

Maka orang yang baru kene gigit nyamuk ni akan dijangkiti virus denggi ni. Proses demam biasanya akan mengambil masa 4-6 hari. Dan lepas tu barulah akan ada tanda-tanda demam, sakit kepala, muntah, demam yang kuat.

Simptom-simpton dan Tanda-tanda Demam Denggi

Simptom Demam Denggi Pada Bayi/Anak Kecil

Denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil selalunya bermula dengan simptom-simptom penyakit virus

  • Demam
  • Batuk
  • Hidung Berair
  • Ruam di kulit

Simptom Demam Denggi Pada Anak Lebih Besar dan Dewasa

Manakala kanak-kanak yang lebih besar akan mengalami simptom-simptom tipikal sama seperti orang dewasa

  • Demam panas
  • Pening kepala
  • Sakit/ lenguh-lenguh badan
  • Sakit perut
  • Muntah/loya
  • Sakit dibahagian mata/sendi-sendi
  • Gatal di tapak kaki
  • Rasa lemah

Apa Nak Buat Kalau Anak Kena Demam Denggi?

Ok first skali kalau dia demam kuat bagi ubat demam ikut dos yang ditetapkan. Jerlum kepada setiap masa 30 minit kalau suhu 38c ke atas. Apa efect pada jerlum ni? Nak bagi suhu atau haba panas dalam badan tu keluar. Kalau dah bagi ubat xkebah jugak demam, dinasihatkan segeralah ke klinik atau hospital kerajaan yang berdekatan bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Kalau doktor suggest untuk warded, lagi bagus. Sebab di Selangor ni kes denggi meningkat dan antara negeri yang paling tinggi.

Penjagaan Demam Denggi Di Rumah

Ok di sini saya akan share bagaimana atau panduan penjagaan pesakit denggi di rumah. Apa yang perlu anda lakukan?

  • Berehatlah secukupnya
  • Banyakkan minum air (minum air kosong sahaja tidak mencukupi) seperti jus buah-buahan, minuman isotonik (bagi dewasa) kanak-kanak yang masih kecil tak digalakkan tau boleh menyebabkan gastrik dan air barli (minum lebih dari 5 gelas).
  • Makan ubat demam mengikut nasihat doktor
  • Lap badan dengan kain basah bagi mengurangkan suhu badan
  • Guna ubat nyamuk atau kelambu bagi mengelakkan gigitan nyamuk.
  • Cari dan musnah tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes di dalam rumah.

Kalau Demam Denggi Semakin Teruk?

Jika anak disyaki demam denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad) bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika :

  • Muntah berlarutan/berpanjangan
  • Sakit perut
  • Pucat/sejuk pada tapak tangan dan kaki
  • Sawan
  • Kurang bermaya
  • Sesak nafas
  • Pendarahan pada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah, dan tanda-tanda merah pada kulit.

Anak Masuk Taska Asyik Sakit ?

Ramai ibubapa lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke taska ataupun nursery kanak-kanak berbanding dengan orang yang menjaga ataupun pengasuh di rumah (babysitter).

Disebabkan itu, banyak pusat nursery kanak-kanak dibuka bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada nurseri yang betul-betul mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak kebajikan masyarakat seperti menyediakan pengasuh-pengasuh yang terlatih, makanan mengikut umur kanak-kanak, tahap kebersihan yang tinggi dan sebagainya.

Kebersihan adalah salah satu faktor yang penting untuk nursery kanak-kanak kerana mereka sangat mudah dijangkiti kuman disebabkan sistem antibodi badan masih diperingkat pembinaan. Ramai ibubapa mengeluh dan runsing kerana boleh dikatakan setiap bulan mesti anak akan sakit tidak kira demam ke selesama ke batuk ke. Itu tidak termasuk jangkitan yang kronik lain.

Sudahnya kebanyakan ibu terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anak-anak sakit dan bil-bil rawatan klinik semakin meningkat. Itupun kalau anak seorang.

Bagaimana kalau ada anak 2 ataupun 3 orang yang sakit. Memang merunsingkan dan kopak duit kan. Hehehe. Kalau pergi jumpa doktor pun memang selalu akan dicadangkan pengambilan multivitamin ataupun antibiotik sahaja.

Alahai balik-balik ubat yang sama sahaja kan. Rasa macam boleh beli di farmasi sendiri je kan tanpa perlu consultation daripada doktor. Dah la fee untuk sesi consultation doktor lagi mahal daripada ubat kan.

 

Anak Anda Ada Masalah Eczema ?

Eczema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah eczema disertai dengan masalah asthma.

Perkataan eczema nampaknya tidak asing lagi kerana banyak orang yang menghadapi masalah ini. Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain.

Pada bayi, eczema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena eczema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan eczema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah.

Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif  sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).

Faktor Dalamanan (Fizikal) Ahli keluarga yang ada sejarah mengidap penyakit eczema, asma atau alergi rhinitis. Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stress. Pemakanan dan minuman seperti alkohol, produk tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor Luaran (Persekitaran) Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap Alahan : Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah. Kitaran Eczema Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan “allergens” atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semakin kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan dan menyebabkan ruam yang semakin teruk.

 

Langkah-langkah Pengawalan Eczema

  • Mengawal kitaran eczema dengan melembapkan kulit
  • Mengubati keradangan
  • Mengelakkan penggunaan sabun atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
  • Mengelakkan makanan yang menyumbang kepada eczema
    Menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan persekitaran.
  • Kurang berada di luar rumah terutama mereka yang alergik terhadap debunga (pollen).

 

Testimonial Eczema Shaklee 

Anak Cirit Birit ?

Jangan pandang ringan jika anak cirit-birit. Kalau anda tidak tahu 3 perkara penting ini, nyawa anak anda itu mungkin di dalam bahaya. Untuk mengawal cirit-birit pada orang dewasa memang kita sudah tahu berbagai tip. Tapi, bila anak cirit-birit, kita terus akan susah hati.

Apa ubat cirit-birit yang harus digunakan, bila harus jumpa doktor dan macam-macam lagi. Tapi sebelum itu, mari kita ketahui 3 perkara penting ini dulu jika anak mengalami cirit-birit.

 

Apa Punca Anak Cirit-Birit?

Cirit-birit atau berak cair adalah apabila najis yang dikeluarkan dari badan tidak terbentuk sepenuhnya. Dalam usus besar, air diserap ke dari najis dan ini yang menyebabkan najis menjadi keras. Keadaan najis bergantung kepada keadaan dalam usus besar. Lebih lama najis berada dalam usus besar, lebih keras najis itu. Dan bila najis berada di dalam usus sekejap saja, ia akan berair atau lebih cair. Anak cirit-birit boleh berpunca dari:

  • Jangkitan perut atau usus (gastroenteritis) dari parasit, bakteria atau virus
  • Alergi makanan
  • Sindrom keradangan di bahagian usus (Chron’s dan Ulcerative colitis)

Patogen (parasit atau bakteria) yang biasanya menyebabkan cirit-birit pada kanak-kanak ialah:

  • Parasit: Giardiasis dan Amoebiasis
  • Virus:  Rotavirus

Kebanyakan patogen ini tersebar dari makanan dan minuman yang tercemar. Rotavirus sangat mudah dijangkiti terutamanya di pusat jagaan kanak-kanak!

 

Bagaimana Nak Menguruskan Anak Cirit-Birit?

Bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda berikut:

  • lebih dari 6 kali berak dalam tempoh 24 jam
  • najis berair
  • sakit perut yang teruk
  • najis melekit dan ada bau pelik
  • lebih dari 3 kali muntah dalam tempoh 24 jam
  • cirit-birit tidak serius tapi berlanjutan lebih 5 hari
  • demam
  • tanda-tanda dehidrasi

 

Jika anda sudah berjumpa doktor, tanda-tanda ini menunjukkan yang anda perlu bawa anak anda berjumpa doktor semula. Selain tanda-tanda tersebut, ada beberapa benda yang semua ibu bapa harus tahu tentang anak cirit-birit.

Berikut adalah 3 perkara penting tersebut yang anda boleh lakukan bagi memastikan keadaan cirit-birit anak tidak jadi semakin teruk.

 

7 Jenis Vitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Vitamin A

 Menggalakkan perkembangan & pertumbuhan normal kanak-kanak termasuk:

  • Membaikpulih tisu dan komposisi tulang
  • Kesihatan kulit
  • Kesihatan mata & penglihatan
  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

Sumber vitamin A mudah diperolehi daripada susu, telur, sayuran & buah-buahan hijau-oren seperti lobak merah, tomato, keledek, labu, aprikot, mangga, tembikai dan lain-lain.

 

Vitamin C

Vitamin C amat membantu keperluan harian utama kanak-kanak untuk:

  • Memelihara kesihatan tisu tubuh dan otot seperti gusi, tulang serta salur darah
  • Meningkatkan sistem imun tubuh melawan jangkitan penyakit
  • Memelihara kesihatan dan proses regenerasi kulit

Sumber vitamin C terbaik boleh diperolehi dalam kebanyakan sayuran hijau dan buah-buahan sitrus seperti brokoli, tomato, strawberry, oren, kiwi dan sebagainya.

 

Kalsium

Kalsium adalah sumber mineral penting dalam tubuh untuk:

  • Menyokong kesihatan tulang untuk tumbesaran & mengelakkan masalah tulang rapuh
  • Membantu fungsi sistem otot dan sistem saraf bekerja dengan sempurna
  • Membantu pengeluaran hormon dan enzim dalam tubuh

Sumber mudah kalsium adalah daripada susu, yogurt, tofu (tauhu), minuman soya dan sebagainya.

 

Vitamin B

Keluarga besar vitamin B termasuk vitamin B2, B3, B6 dan B12, niacin dan asid folik untuk membantu:

  • Proses metabolisma asas tubuh (mengubah karbohidrat kepada glukosa)
  • Meningkatkan produktiviti tenaga
  • Memelihara kesihatan mental dan sistem saraf

Sumber Vitamin B termasuk telur, daging, ayam, ikan, kekacang, susu, keju, kacang soya dan pelbagai lagi.

 

Vitamin D

Vitamin D amat penting untuk menyokong kesihatan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dari segi:

  • Menguatkan struktur tulang & kekuatan gigi
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap sumber kalsium dalam pemakanan
  • Membantu fungsi hormon seperti mengawalselia sistem imun, penghasilan insulin dan pertumbuhan sel

Sumber asas vitamin D boleh didapati dalam susu, minyak ikan atau terbina secara semulajadi apabila kulit terdedah kepada sinaran matahari.

 

Zat Besi

Zat besi amat penting untuk menyokong:

  • Pembentukan tisu otot dan perkembangan otak
  • Pembentukan sel darah merah dan mengelakkan anemia
  • Pembantukan hemoglobin yang berfungsi mengangkut oksigen di dalam darah

Sumber zat besi dalam makanan adalah seperti daging lembu (daging merah), ayam, bayam, kekacang dan buah prun.

 

Asid Lemak Omega-3

Sejak dalam kandungan ibu lagi, bayi amat memerlukan sejumlah kecil asid lemak untuk manfaat tumbesaran. Kandungan EPA & DHA dalam kumpulan asid lemak omega-3 ini sangat penting untuk membantu kanak-kanak dari segi:

  • Melancarkan aliran darah & menguatkan jantung
  • Menyokong kesihatan fungsi otak & sistem saraf
  • Menyokong kesihatan otot sendi & penglihatan mata

Sumber minyak ikan adalah salah satu sumber yang sangat kaya dengan omega-3. Selain itu, minyak bijian flax (flax seed) dan minyak zaitun adalah sumber omega-3 dari kalangan tumbuhan.

 

9 thoughts on “Vitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak”

    1. Betul sangat tu kan..Risau sangat untuk kita yang ada anak kecil ni..As mom kita kena protect anak kita sebaiknya kan…dapatkan supplement terbaik untuk anak2 sebagai langkah terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge