VITAMIN TERBAIK UNTUK TULANG PATAH

Vitamin Terbaik Untuk Tulang Patah

Energizing Soy Protein (ESP) osteMatrix Testimoni Vitamin C Vitamin Untuk Tulang Patah

Kemalangan boleh terjadi di mana sahaja, samada di rumah, pejabat atau pun di jalan raya. Dan apabila kecederaan terjadi terutamanya yang melibatkan patah atau retak tulang, selalunya akan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

Namun ada cara atau ikhtiar yang kita boleh lakukan untuk menyembuhkan tulang yang patah dengan lebih cepat seperti normal kalau kena cara rawatannya.

Biasanya doktor akan simenkan mana-mana bahagian yang patah untuk elak banyak pengerakan dan juga untuk sel tisu tumbuh semula.

Proses untuk tulang patah sembuh semula ada dalam 5 peringkat:

  1. Selepas 72 jam pertama – Inflammasi dan pembekuan darah
  2. Hari ke 2 hingga minggu ke 2 – Pembentukan tulang lembut
  3. Dalam masa 2 hingga 6 minggu – Tulang keras terbentuk
  4. Dalam 3 hingga 6 bulan – Proses penyambungan (union)

Sumber

Paling penting adalah saluran darah perlu aktif dan lancar untuk mana-mana bahagian yang tulangnya patah ataupun retak. Ini untuk memastikan segala nutrisi yang diambil akan memulihkan bahagian berkenaan.

Jom tengok testimoni dari saudara Muhammad Faiz yang patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki atasi masalah dengan set patah tulang Shaklee.

vitamin tulang patah

 

Assalammualaikum..Saya Muhammad Faiz Bin Ahmad berusia 23 tahun. Saya ingin kongsikan #ShakleeEffect saya kepada semua. Sebenarnya saya sebelum ni anti-supllemen tau! Tu lah orang cakap, bila tak sakit memang kita tak cari supplemen-supplemen ni..Bila dah kena sendiri baru rasa kepentingannya.

Jom ikuti kisah saya..

Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni. Semasa tu saya menunggang motosikal. Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang ‘makan’ jalan laluan saya. (Masa tu rasa macam superman plak badan melayang terbang). Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki saya.

Menurut doktor tulang belakang yang patah tu tulang yang no 2 seperti carta di atas. Doktor cakap akan ambil masa untuk sembuh dan akan baik dengan sendiri sebab usia saya masih muda lagi baru 23 tahun. Tapi, ambil masa tu berapa lama? Doktor pun tak dapat nak pastikan dan saya pula takkan nak menunggu sahaja tanpa usaha apa-apa..

Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring atas katil sahaja tunggu tanpa buat apa-apa. Perlukan usaha juga kan sebab doktor hanya bagi ubat tahan sakit sahaja. Takkan boleh sembuh dengan ubat tu ja..Jadi, saya meminta kakak saya yang kebetulan pengedar Shaklee memberi cadangan supplemen yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni.

Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. Alhamdulillah setelah mengamalkan supplemen tersebut dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, tulang patah yang dialami oleh saya sudah bercantum semula!!. Dengan izinNya jua. Alhamdulillah…Menakjubkan!!

Doktor pun berkali-kali tengok xray macam tak percaya. Siap tanya dah berapa lama accident ni sehinggakan doktor tu pun panggil doktor yang dari pemerhatian saya lebih senior dari dia untuk mengesahkannya. Jadi balutan simen di kaki doktor terus buka dan menyuruh saya menggunakan tongkat pula sebab katanya tulang baru bercantum dan tak mau bagi tekanan yang kuat sangat ke atas kaki saya..

Lagi pula untuk menampung tulang belakang saya sebab doktor minta untuk teruskan pakai bengkung keras tu sekurangnya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tu betul-betul kukuh dan bercantum dengan baik sebab melibatkan tulang belakang takut menekan saraf yang akan beri kesan buruk pada badan saya nanti.

Bulan ke -3 iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras yang membalut badan saya tu dah boleh dibuka. Katanya tulang saya dah bercantum elok cuma dalam masa setahun ni saya tidak dibenarkan untuk angkat benda-benda yang berat dan juga menunggang motor.

Alhamdulillah gembira lah saya. Saya dah boleh bergerak dengan bebas tanpa perlu rasa seperti “Iron Man” lagi!! Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan ‘open appoinment’ sekiranya terjadi apa-apa seperti rasa sakit dan sebagainya.

Alhamdulillah!!Sekarang ni saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan juga ESP sahaja. Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya betul-betul kuat.

Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih.

Ikuti juga video perkongsian saudara Faiz di sini.

Suplemen untuk rawat tulang patah:-

Set tulang patah yang saudara Faiz amalkan mengandungi 4 jenis vitamin iaitu ESP, Ostematrix, Joint Health Tablet dan Zinc Complex. Keempat-empat ni dapat mempercepatkan proses penyembuhan tulang yang patah.

1. AJHT untuk kuatkan sendi

Mengandungi glucosamine yang membekalkan pelincir dan kusyen antara sendi-sendi. Juga membantu membina kolagen untuk bahagian tisu penyambungan.

2. Ostematrix untuk kuatkan pembentukkan tulang

Pembentukkan tulang lembut hingga tulang keras sangat memerlukan kalsium yang tinggi. Ostematrix membantu penghasilan sel tisu yang baru untuk tulang yang lebih kuat dan padat.

3. Zink untuk buatkan luka cepat kering

Mempercepatkan proses luka kering secara dalaman dan luaran samada selepas pembedahan ataupun koyakan pada mana-mana tisu.

4. ESP untuk pertumbuhan sel baru

Protein diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel tulang yang telah patah ataupun rosak. Tanpa protein berkualiti yang cukup, proses pertumbuhan tulang akan jadi lambat dan tulang yang dihasilkan mungkin tidak kuat.

 

Tulang yang patah akan melalui 5 peringkat dalam proses penyembuhan.

1. Selepas 72 jam pertama – Inflammasi dan pembekuan darah. Pada fasa ini, amalkan pengambilan makanan yang dapat mengurangkan imflamasi/keradangan dan makanan yang dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka seperti zinc complex dan vitamin C.

2. Hari ke 2 hingga minggu ke 2 – Pembentukan tulang lembut. Pada fasa ini, pengambilan kalsium dan protein sangat penting untuk membantu mempercepatkan proses pembentujan sel-sel tulang lembut yang baru.

3. Dalam masa 2 hingga 6 minggu – Tulang keras terbentuk. Proses ini memerlukan keperluan kalsium dan fosfat yang mencukupi. Jika tahap pengambilan dan penyerapan kalsium tidak mencukupi, maka proses pembentukan tulang dan tisu tulang akan terjejas. Ini meningkatkan risiko kerapuhan tulang dan menyebabkan seseorang itu lebih terdedah kepada keretakan dan tulang yang mudah patah.

4. Dalam 3 hingga 6 bulan – Proses penyambungan (union). Dalam fasa penyambungan ini, pastikan pengambilan protein dan kalsium mencukupi supaya tulang-tulang yang dihasilkan tulang yang kuat dan tidak rapuh.

Tulang yang patah boleh menyebabkan kecacatan kekal jika tidak dirawat dengan betul. Bekalkan badan anda dengan nutrisi yang sihat dan berkhasiat secukupnya supaya tulang baru yang terhasil lebih sihat dan kuat.

Berminat untuk mendapatkan Set Tulang Retak / Patah? Boleh shopping online sendiri mengunakan Kad Debit / Credit dengan klik icon di bawah 

Atau boleh hubungi saya di talian 0174205506 atau klik jer link whatsapp di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge