Uncategorized

Vitamin Wajib Untuk Ibu Hamil

Bila hamil je mesti kena makan vitamin. Asal hamil je kena telan vitamin yang pelbagai jenis tu. Kenapa agaknya pakar O&G memberikan kita vitamin prenatal ni? Penting sangat ke?
Cara terbaik nak dapatkan vitamin adalah melalui pemakanan sihat. Tetapi faham jer la kan zaman sekarang yang penuh dengan bahan makanan tak sihat, persekitaran yang juga tak berapa nak sihat, maka sewnang ker kita dapat makan sayuran atau bahan makanan yang berkhasiat sepenuhnya?

Vitamin Wajib Untuk Ibu Hamil

Kalau zaman dulu bolehlah takde pencemaran bagai, Kalau tanam sayur pun dah tentu habis juga diselaputi pelbagai pencemaran. Mana lagi nak dapat yang segar ni.
Maka atas sebab itulah ibu hamil disarankan mengambil vitamin prenatal. Ada 6 jenis vitamin wajib yang ibu kena ambil tau. 

1 : Vitamin B12

Biasanya didapati dalam daging, ikan, telur, susu. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf.
Perlu ye pembentukan sel darah untuk kebaikan bayi yang dikandung.

2 : Folik Asid

Ini penting tau. Untuk elakkan kecacatan spina bifida atau masalah kecacatan bahagian saraf tunjang bayi.
Ibu perlukan sebanyak 400mcg sehari.
Bila perlu ambil? Dari mula mahu hamil hinggalah 3 bulan pertama awal kehamilan, ini wajib!

3 : Vitamin C

Vitamin C bantu menyerap zat besi yang diambil oleh ibu. Ia sangat diperlukan untuk perkembangan bayi anda seperti tulang, kulit dan juga sistem imun.
Semasa hamil sekurangnya sebanyak 85mg sehari perlu diambil.

4 : Vitamin D

Vitamin D membantu untuk kesihatan tulang ibu dan gigi yang sihat. Juga untuk perkembangan tulang bayi juga. Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebihs empurna.

5 : Kalsium

Kalsium adalah untuk kesihatan tulang dan gigi bayi dan juga kesihatan perkembangan jantung, otot dan saraf bayi.
Ia diperlukan oleh bayi untuk pembentukan degupan jantung yang normal. Jika ibu tak cukup pengambilan kalsium, bayi anda akan ambil dari simpanana kalsium ibu dan ini akan menyebabkan risiko ibu terkena osteoporosis (kereputan tulang) di kemudian hari.
Ibu perlukan sekurangnya 1000mg setiap hari semasa hamil.

6 : Zat Besi

Zat besi sangat diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan dan juga melalui plasenta kepada bayi.
Ibu hamil perlukan 27mg zat besi sehari. Jangan skip tau sebab kalau tak cukup zat besi ni boleh sebabkan masalah hb rendah pada ibu.
Masalah hb rendah boleh mengundang risiko pada bayi seperti kelahiran tidak cukup bulan atau pun kelahiran dengan berat badan yang tidak memuaskan.
Jangan pandang rendah pada kepentingan pengambilan vitamin semasa hamil ni kerana ianya untuk kepentingan dan kesihatan diri dan juga bayi yang dikandung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge